Home Sedih Diganggu Peminat Fanatik, sekali Bella Astillah Bongkar Individu Cemburu Hubungan Bersama Suami

Diganggu Peminat Fanatik, sekali Bella Astillah Bongkar Individu Cemburu Hubungan Bersama Suami

559
0

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Bella Astillah kongsi bahawa seorang peminat fanatik telah mengganggunya sehingga menimbulkan kerisauan terhadap dirinya.

Menurut isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tersebut, peminatnya itu sering menghantar mesej (dm) di Instagram miliknya tanpa henti. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah peminatnya itu turut akan hadir ke mana-mana acara yang dihadiri oleh pelakon tersebut.

“Risau! Mungkin ada tapi saya tak tahu kalau dia orangnya, sebab dia sentiasa hantar Dm pada saya tanpa henti. Aliff pun tahu pasal ni…” – Bella

“Kalau saya pergi majlis atau acara, dia juga akan datang dan akan beli Laksa yang saya jual. Dia muat naik gambar dan dia letak nama saya dekat dia…” – Katanya

“Mula-mula ingat macam biasa saja tapi lama kelamaan, bila dia reply IG Story saya seperti ‘Jealous la bila tengok awak dengan Aliff’. Saya takut…” – Katanya lagi

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengatakan bahawa beliau berharap individu yang sering mengganggunya itu menghormati privasi dan rumah tangganya bersama Aliff.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Xtra

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePernah Hampir Pengsan Ketika Show, Noh Salleh Ingin Berhenti Dari Industri Hiburan?
Next articleKecil-Kecil Cili Padi, Adik Comel Buat Pertunjukkan Silat Tapi Punting Tak Tanggal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here