Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali baru-baru ini ada berkongsikan mengenai aktiviti bersama anak perempuan, Ameena Sofia di sebuah kedai makan di lnstagram miliknya untuk tatapan peminat.
Namun, apa yang menarik perhatian dan turut mengundang tanda tanya adalah siapakah yang merakam momen -momen berkenaan dan kedengaran pula seperti suara wanita di penghujung video tersebut.
View this post on Instagram
Enggan meneruskan spekulasi dalam kalangan netizen, Fizi kemudian tampil menjelaskan siapakah gerangan wanita berkenaan setelah dihubungi sebuah portal media, mStar Online.
Tak sangka orang boleh salah anggap terhadap video tersebut. Suara itu adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya..ibu saya. Kebetulan kami keluar bersama ibu dan adik ketika itu.
Dalam pada itu, Fizi memaklumkan bahawa dia dan bekas isteri, pelakon Shakila Khoriri kini mula membiasakan diri sebagai ibu bapa tunggal terhadap anak mereka.
Saya dan Shakilla dalam proses betulkan diri masing-masing. Kami juga lebih fokus pada kerja dan anak. Buat masa ini kami tak terfikir untuk kembali bersama.
Tambahnya, pada awal fasa penceraian, dia merasakan hidupnya seakan musnah namun kembali memulih dari hari ke hari.
View this post on Instagram
Fizi juga enggan lagi memikirkan soal mencari isteri baru meskipun sering diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot pagi Suria FM.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini mengumumkan bahawa telah mengambil haluan hidup masing-masing setelah memaklumkan mengenai penceraian mereka pada bulan Disember 2021 yang lalu.
Sumber: kampungmamak