Menerusi satu keratan klip yang dikongsikan oleh salah seorang netizen berkenaan pertikaian dari Ustaz Muhaizad mengenai topi yang kini menjadi perhatian ramai dan dijual oleh Ustaz Don telah menjadi satu isu. Hal ini mengejutkan ramai pihak termasuk Ustaz Don sendiri kerana beliau menjual topi yang iras dikatakan sebagai ‘topi sudu’ untuk sara hidup beliau dan keluarga. Namun kenyataan dari Ustaz Muhaizad itu telah dibahas oleh Ustaz Don dengan profesional dan tiada pertelingkahan berlaku berkenaan isu tersebut.
Keratan klip tersebut menyatakan kenyataan dari Ustaz Muhaizad membuatkan para netizen mengesyaki bahawa beliau ingin menujukan kenyataan tersebut kepada Ustaz Don, namun kenyataan beliau masih lembut dengan menyatakan untuk para ustaz tidak perlu memakai topi sebegitu untuk berdakwah. Ustaz Muhaizad juga membicarakan bahawa tidak perlu untuk menggayakan diri dan terlihat seperti orang barat dan pemakaian topi tersebut sememangnya tidak sesuai untuk digunakan oleh para muslim dan hanya boleh memakainya jika berkeperluan sahaja.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@affendy nick:ust kata kecuali kalu nk wat kijo atau panas ok la…cuma jgn jadi budaya..itu maksud ust
@ANAK JANTAN:masalahnya zaman skrng nih rmai org nak melaga ii kan para ulama.para ulama nih tinggi ilmu dan lain ustaz lain ilmu yg depa ajar.mengikut mazhab dss.
@zuraimizulkifli88:suka tgk tok² guru pondok,depa x ikut gaya org muda utk tarik org muda,ttp dgn pakaian yg layak bagi org alim
@Nick Aiman:Ustaz muhaizad dn ustaz don ni aswaja sbab tu si admin ni duk perlaga
@AIMXNPXB:Makan pakai sudu garfu tkleh orang barat punya…. Habeh lah kena buang sudu garfu…
@.:semua nya dari niat orang tu , kalau dia pakai topi sebab ikut kafir berdosa la dia tapi kalau niat dia pakai topi untuk cegah matahari ok je
@chewankedah:tolong para ulamak ustaz2 bagi pencerahan ye jgn kelirukan org yg di Awang awangan,
@MRahimieeee:Sy pakai topi sbb kepala dh gondol. ..kalu lalu kt tempat pns takut silau k org je.
@Muniro Amani:Ustaz Don pakai Cap utk tarik org muda dengar ceramah día, apa salah nya?
@nadzAnimation:tgk xabih gini la… yo oyk melainkan ado lambang islam po ustaz don paka tu.. lmbang blakey nabi
@queenhelikopter:baru faham n baru tahu..rupanya bagi ank pakai topi..topi sudu..betul jugak bentuk sudu..gelak jugak..baru tahu
Perikaian dari Ustaz Muhaizad dibalas baik dari Ustaz Don dan masih diterima oleh para netizen berkenaan isu tersebut. Mengikut sumber, Ustaz Don hanya menjual dan memakai ‘topi sudu’ itu hanya untuk menarik anak muda pada zaman kini untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau dan hasilnya ramai anak muda berhasil berubah ke arah yang lebih baik kesan mendengar ceramah dari beliau. Apa apa pun para peminat hanya mendoakan yang terbaik untuk para ustaz supaya dapat menyedarkan anak muda yang semakin jauh terpesong kini.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram