Home Hiburan “Dia Tolong Sayang Jadi Pelakon” – Ini Rupanya Hubungan Zul Dengan Sharleen

“Dia Tolong Sayang Jadi Pelakon” – Ini Rupanya Hubungan Zul Dengan Sharleen

592
0

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik foto selfie bersama seorang gadis cantik di Instastory miliknya sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya status hubungan mereka.

Enggan netizen terus berteka-teki, wanita bernama Sharleen atau nama sebenarnya Sabrina Sharleen, 24, memberitahu mereka sudah mengenali satu sama lain sejak tiga tahun lalu.

Namun, hubungan mereka hanyalah kawan biasa semata-mata.

“Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali.

172632edsndkjknd9rbfpm

Kredit foto: IG Sharleen

“Ada satu hari tu saya cakap kat dia why not one day you let me into your drama, saya nak belajar.

“So ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama Tarik Aku ke Syurga,” katanya kepada mStar.

Mengakui kapsyen pada foto tersebut mengundang spekulasi netizen, Sharleen berkata, tujuannya memuat naik foto itu hanya ingin mengusik pengikutnya di Instagram miliknya yang rata-rata meminati Zul Ariffin.

“Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul ariffin.

“Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda tu real. Saya terharu juga baca komen yang memuji dan positif.

“Tapi dont worry, he still single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Zul pun repost dia letak caption dan buat biasa je,” ujarnya.Bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan yang kini berkerja sebagai ejen insurans dan perunding unit amanah berharap penglibatannya dalam industri hiburan diterima ramai.

“Saya masih baru dalam industri banyak benda lagi nak belajar da cari banyak pengalaman lagi

“Untuk masuk dalam industri insyaAllah kalau ada rezeki saya akan teruskan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Previous articleAntiv4ksin Dih4lang Masuk Mahkamah. Sekali Pertanyaan Rita Rudaini Cetus Spekul4si Ramai
Next article[VIDEO] “Tutup Jantina”- Baby Neelofa Belum Lahir Sekali Dah Hadiah Mahal Daripada Anak YDPA
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here