Home Hiburan “Dia Tahu Agihkan Masa Untuk Dunia Dan Juga Akhirat..” – Issey Rakam...

“Dia Tahu Agihkan Masa Untuk Dunia Dan Juga Akhirat..” – Issey Rakam Senyap-Senyap Rutin Nabil Di Konti

169
0

Hijrah merupakan perkara yang amat baik. Kita memperbaiki diri kita sedikit sebanyak ke arah yang lebih baik dan mendekati pencipta kita. Penghijrahan pengacara Nabil Ahmad sememangnya mendapat respon positif daripada netizen. Malah, rezekinya tidak pernah putus apabila kini bergelar penyampai radio di Era FM.

Baru-baru ini, rakan sekerjanya Issey Fazlisham ada memuat naik video di TikTok yang diambil secara senyap-senyap ketika berada di konti. Menerusi perkongsian itu, Issey berkata dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh Nabil pada jam 7 pagi di konti. Dapat dilihat Nabil sedang leka mengaji di dalam video yang diambil secara senyap-senyap itu. Melalui kapsyen, Issey turut mengatakan itu sebabnya mengapa dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen
@pejai78:dia tahu agihkan Masa,utk dunia Dan jgk akhirat..pesanan utk diri sndiri jgk..

@VCO_abi_razali7:dia cari dan nak dekat, dia jumpa dan semakin rapat,cinta smakin kuat,rindu terpahat,Xlama lagi dia akn dapat,dan pergi bertemu kekasih itu matlamat

@pakjohn78:aku suka jalan cerita kehidupan nabil ni… Dr yg aku kenal seorang ofic boy…sekarang dah ada mcm2.. tetap sempoi..salute

@cikton.gojes2:tq issey kongsi. nampak simple ja video awak tapi memberi kesan kepada semua yang ingin dan sedang berubah menjadi lebih baik dari semalam

@1994hafizuddin:berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena tempias api, berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut wangi

@Bibisma63:Nabil ni di buat kebaikan tak menunjuk…cuma kwn2 yg viralkan.
apa pun terus istiqomah ya Nabil…alhamdullilah

@M Y R A M A N J A:pengakhiran tu yg kita nak,ya allah beri aku jugk hidayah

@Wan Aisyah Aisyahh:Tanda haji mabruroh..Ini lah..Sentiasa rindu pada Allah dan kekasihNYa

@taiko.:Semoga, sikap beliau, dapat diinspirasikan, Encik Issey, yang kat meja luar ni, Meja Penerbit Kandungan kan?.

@wanplug84/wanjanggut77:ni lah org yg berjaya..sbb bila dah berjaya dia dekat dngn allah.sbb akhir zaman ni bila manusia dh hebat bnyk yg jauh dari allah..

Apa-apa pun, kita sebagai muslim sewajarnya mencontohi Nabil. Dia bijak membahagi masa antara dunia dan akhirat. InsyaAllah, semoga Nabil terus diberkati dan sihat serta kekal aktif dalam seni tanah air.. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Diorang Dua Ni Kalau Buat Lagu Sekali Mesti Meletup..” – Hazama Dan Black Buat Kejutan
Next article“Sedihnyaa, Dah Lama Dia Memerintah..” – Queen Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here