Home Hiburan “Dia Nak Sedekah Kot” – Penunggang Motosikal Nekad Bayar Tol Buat Netizen...

[VIDEO]“Dia Nak Sedekah Kot” – Penunggang Motosikal Nekad Bayar Tol Buat Netizen Berdekah

109
0

Sebuah video memaparkan dua penunggang motosikal yang melalui plaza tol berjaya membuat ramai netizen ‘berdekah’.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di TikTok itu, penunggang tersebut dengan yakin masuk ke laluan kereta.

Screenshot 2022 03 10T101841.808

Tambah lucu, penunggang di belakangnya beberapa kali berusaha untuk membayar tol berkenaan menggunakan kad Touch ‘n Go.

Namun, tindakan tersebut sempat dilarang oleh individu di belakangnya yang turut sempat merakam aksi ‘menggelikan’ hati itu.

“Motor tak payah bayar tol, motor tak payah bayar,” jerit individu yang merakam itu.

Video berkenaan kemudian tular di platform media sosial lain, namun menerusi tinjauan Gempak di posting asal, video berkenaan telah menerima satu juta tontonan.

Malah, ramai netizen yang ‘membanjiri’ ruang komen dengan pelbagai reaksi bercampur baur.

“Mungkin first time dia bawak motor janganlah gelak”.

“Mungkin dia lupa yang dia bawak motor kot”.

“Kesian dia jadi bahan gelak, mungkin dia mahu menderma,” tulis beberapa netizen.

Pun begitu, ada juga netizen bertanggapan kedua-dua mereka sengaja melalui lorong kereta memandangkan laluan motosikal agak sempit dan bahaya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Sumber: Gempak

Previous article[VIDEO] Tengah Sarat Mngandung, Ramai Ris4u Elfira Loy Lompat ‘Swimming Pool’. Skali Ini Komen Mira Filza
Next articleShiqin Kamal dah masuk kelas Muay Thai, buat persiapan nak jadi Angelina Jolie Malaysia
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here