KEMELUT antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh bagaikan tiada kesudahan walau kedua-duanya kini bahagia bersama pasangan masing-masing.
Konflik membabitkan mereka kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila masing-masing berb.alas kenyataan di media sosial dengan luahan rasa tidak puas hati be.rkai.tan hal anak-anak.
Susulan pe.rang mulut itu, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 37, berkata Intan tidak membenarkan dia untuk berkongsi gambar anak-anak tirinya di Instagram.
“Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu ke.ruh.kan lagi keadaan.
“Saya ang.gap perkara ini sudah selesai.
“Dia juga har.am.kan saya post gambar anak-anak dia di IG saya” katanya ketika dihubungi mStar.
Izreen bersama Ude dan dua anak mereka.
Pe.rtik.ai.an dikatakan ber.pun.ca apabila Intan me.la.an.g pelakon itu berkongsi gambar anak tirinya di media sosial.
Mereka dilihat memilih untuk berkongsi lua.han rasa tidak puas hati itu menerusi IG Story masing-masing.
Dalam satu perkongsian sebelum ini, Izreen juga berkata dia terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Intan bagi menyelesaikan segala sengketa antara mereka.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada Ogos 2017.
Tak pe.rlul.ah saya komen lanjut kerana tidak mahu ke.ruh.kan lagi keadaan
IZREEN AZMINDA
PELAKON
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Ude merupakan bekas suami kepada Intan dan hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Intan berkahwin kali kedua pada Disember tahun lalu.
Sementara itu, berc.akap tentang perkembangan kerjaya lakonan, kata Izreen dia belum bersedia untuk kembali ke lokasi kerana usia anak-anak yang masih kecil.
“Saya hanya terima tawaran untuk terlibat dalam program televisyen sahaja kerana penggambaran tidak terlalu lama.
“Manakala untuk berlakon pula memang tidak terima lagi buat masa sekarang kerana mahu beri fokus kepada anak-anak.
“Saya menguruskan anak-anak sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu. Jadi susah untuk keluar dalam tempoh terlalu lama,” jelasnya.
Sumber: mStar