Hiburan

[VIDEO]“Dia boleh berhenti letak tepi jalan” – Ibu ters3ntuh tengok cara suami didik anak

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak masing-masing.

Apa pun caranya, matlamat mereka tetap sama, iaitu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai apa yang betul dan salah.

Namun sebagai insan yang mengandungkan serta melahirkan anak tersebut, hati ibu mana yang tak terusik apabila melihat anaknya dimarahi serta diletakkan di tepi jalan.

Berkongsi video tersebut di media sosial, wanita itu bagaimanapun memuji suaminya yang memilih untuk bersikap tegas apabila tiba waktunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, Nur Aziati Rahimi, 30, berkata video yang dikongsinya itu merupakan video lama yang dirakam ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kelantan.

Dia yang menetap di Bukit Rangin, Kuantan, berkata, pada masa itu anak mereka, Muhammad Abdul Qayyum Mohamad Syadam, 5, tiba-tiba meragam serta menangis sehingga mengganggu konsentrasi suaminya yang sedang memandu.

“Qayyum ni anak yang baik, selalunya dia sangat behave dan mendengar cakap, dan dia memang manja dengan kami cuma time tu dia menangis tak tahu nak apa, tak selesa la kot perjalanan lama.

“Pujuk pun dia menangis kuat sehingga mengganggu ayahnya yang tengah memandu,” ceritanya.

Mesra di panggil Azie, wanita ini berkata walaupun sudah dipujuk anaknya itu tetap tidak berhenti men4ngis, sehingga memaksa suaminya memberhentikan kereta.

“Perasaan saya masa dia berhenti dan membawa anaknya keluar memang berdebar, perasaan mak-mak la… walaupun tahu suami tak akan lempang ke apa, cuma dia guna cara psikologi, cuma saya sed1h sebab tengok dia menang1s.

“Qayyum tu jarang menangis, dia happy go lucky,” katanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Nad bersama keluarganya.

Menurut Azie, mood anaknya itu bagaimanapun bertambah baik selepas mereka kembali masuk ke dalam kereta.

“Berhenti tu dekat kawasan lepas tol, memang lapang dan tak ada kereta lain sebab suami memang alert bab keselamatan, anak-anak dia wajib pakai seatbelt dalam kereta.

“Masa dekat luar suami tanya dia nak men4ngis lagi tak? Nak duduk di situ atau nak masuk dalam kereta, kalau nak masuk kena diam.

“Dah peluk-peluk tu elok je budak tu senyum, lepas tu buat lawak, borak-borak,” katanya.

Menurut Nad, suaminya seorang bapa yang penyayang dan cakna mengenai anak-anaknya.

Video perkongsiannya di laman TikTok bagaimanapun tidak terlepas daripada komen-komen negatif netizen yang tidak setuju dengan tindakkan suaminya, Mohamad Syadam Mohd Pauzi, 30.

Azie bagaimanapun menegaskan bahawa suaminya seorang bapa yang penyayang serta sentiasa cakna mengenai anak-anak.

“Masa tegas dia memang tegas sungguh, apa dia cakap memang kena buat untuk memastikan anak-anak berdisiplin.

“Cara lama ada yang elok dan tak sesuai tapi kitaorang ambil mana yang sesuai untuk digunapakai sekarang,” katanya yang mempunyai dua anak.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *