Dedah Anak Sulung Bijak Urus Kewangan, Kapsyen Ozlynn Wati Pula Bikin Hati Netizen Tersentuh

Pelakon cantik dan berbakat, Ozlynn Wati memuatnaik tangkap layar mesej perbualannya bersama nak sulung Ahmad Ariq Hanania mencuri perhatian orang ramai di media sosialnya.

“Dia Anak Yang Ajar Kami Semua Perkara” – Ozlynn

Melihat mesej perbualan Ozlynn dan anaknya Ariq, pelakon ini berasa terharu mengetahui anak sulungnya itu bijak mengurus kewangan diri ketika belajar di luar negara.

Melihat dalam penulisan aktres ini di Instagram pula, Ozlynn mendedahkan Ariq merupakan anak yang banyak mengajar dia dan suami dalam semua perkara dan menitipkan ucapan serta doa yang sangat istimewa untuk anak sulungnya itu.

“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baru, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang juga. Dia juga anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia juga anak selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.

Ya, dia anak yang semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak juga yang kita orang belajar bila dia semakin besar, kadang kami alpa dan setiap kali diuji kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan..

Dia juga anak yang buat kami belajar banyak perkara.. Anakku Ariq, mama dan papa sentiasa mendoakan perjalanan hidup kamu dipermudahkan dan penuh dengan kejayaan tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hambaNya untuk menjadi yang terbaik disisiNya.

Dan Allah tidak melihat bagaimana hambaNya diuji tapi Allah melihat bagaimana hambaNya MENGHADAPI ujian itu.” Tulisnya

via (IG) Jozlynnhanania

Netizen Sebak Dan Tersentuh Dengan Kapsyen Ozlynn

Membaca kapsyen yang ditulis Ozlynn membuatkan ramai rakan artis dan orang ramai berasa sebak dan tersentuh dengan ucapan serta doa yang dititipkan untuk anak sulung kesayangannya pelakon tersebut bersama Johan.

“Bagusnya abang Ariq. Alhamdulillah” ucap Anzalna Nasir

“Masyaallah anak” kata Didie Alias

“Ya tuhan moga dipermudahkan urusan Ariq” titip Anas Ridzuan

via (IG) Jozlynnhanania

“Allahuakbar tersentuh baca”

“MasyaAllah. Perkongsian hebat kak. Semoga kita semua terus dipermudahkan dalam mencari rezeki. Dikurniakan rezeki tanpa henti-henti. Semoga terus berjaya anak muda insyaallah.”

“Paling banyak yang kita belajar untuk pertama kali dengan anak sulung kan.. Terima kasih kongsikan kisah bersama.. Kami pun dapat belajar sama”

“MasyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan buat Ariq sekeluarga.. Aamiin” komen mereka

Dalam entri terakhir Ozlynn, pelakon ini menitip pesan agar anak lelakinya itu dapat berjaya dalam agama juga dan menjadi seorang yang sentiasa merendah diri.

Sumber: Muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*