Pengacara dan penyanyi jelita, Dayah Bakar memuatnaik video kompilasi bersama keluarga tercinta di Instagram sambil menitipkan ucapan istimewa untuk suami Kapten Muhammad Hanif Hamidi sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-89 hari ini.
Contoh Yang Terbaik – Dayah
Isteri kepada Kapten Hanif ini mengatakan suaminya itu merupakan insan yang penuh dedikasi dan memberi contoh terbaik untuk diri dan anaknya.
Ibu kepada Fahri ini juga mengatakan suaminya itu juga seorang yang mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi dan sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya.
“Selamat Hari Tentera Darat ke-89 buat satriaku
Kamu telah menjadi contoh yang terbaik untukku dan Fahri. Dedikasi, disiplin dan sifat tanggungjawab yang tinggi telah membentuk dirimu menjadi sosok yang dihormati dan doaku semoga dirimu terus dilindungi di dalam setiap jejak langkahmu.
Tidak dilupakan juga penghargaan buat isteri dan keluarga yang sentiasa berkorban waktu, tenaga, jarak dan airmata dalam menjadi pendukung luar biasa buat sang prajurit negara.
Gagah setia” tulisnya
Netizen Terpegun Lihat Beruang Putih Comel
Meski muatnaik pengacara ini cukup menyentuh hati, namun penampakan beruang putih yang dipeluk oleh suami selebriti ini menjadi tumpuan dan fokus ramai pengguna media sosial.
View this post on Instagram
“Saya sungguh tertarik dengan beruang putih itu”
“Laa ingatkan peluk ‘teddy’ besar rupanya Fahri yang comel la”
“Mula-mula ingat dukung ‘teddy bear” komen warganet
“Laaa.. Sekali tengok dari belakang ingat pegang anak patung beruang”
“Fokus tengok Fahri je”
“Ya Allah comelnya, ingat tengah dukung ‘teddy bear” seloroh warganet lagi
Untuk rekod, Dayah mendirikan rumahtangga bersama Kapten Hanif pada Jun 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan sejoli ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri.
Sumber: Muraimy