Home Viral Dato Seri Vida marah pelajar-pelajar Tahfiz yang datang ke rumahnya

Dato Seri Vida marah pelajar-pelajar Tahfiz yang datang ke rumahnya

252
0

Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Yang Hormat Dato’ Sri Hasmiza binti Othman merupakan seorang usahawan Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan. Dato’ Seri Vida sangat terkenal dengan sikapnya yang pemurah memberi makan dan bersedekah pada orang-orang yang kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar tahfiz.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik u.awie menunjukkan pelajar-pelajar Tahfiz sedang makan di rumahnya. Klip video tersebut menunjukkan Dato Seri Vida yang sedang memarahi pelajar-pelajar Tahfiz kerana tidak basuh tangan sebelum makan. Gelagat Dato’ Seri Vida tersebut telah menghiburkan beberapa orang pelajar Tahfiz di rumahnya.

Rata-rata netizen memuji sikap Dato’ Seri Vida yang melayani pelajar-pelajar tersebut seperti anaknya sendiri. Ramai juga yang mengatakan Dato’ Seri Vida memang sering memberi makan kepada pelajar-pelajar tersebut. Ada juga yang mengatakan Dato’ Seri Vida punya marah membuatkan penonton yang menonton klip video tersebut juga hendak basuh tangan.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 6K sukaan dan 300 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@user4800827345778: dia punya marah dgn aku sekali pegi basuh tangan

@Munirah2878: dia selalu bergurau dgn ank2 tahfiz ni,sbb tu bila dia jerit ada yg gelak, smoga Dato’sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu Aamiin

@kelantanlistingpr: tegas pd perkara yg betul..apatahlagi diorg budak tahfiz

@Nobody :): Aku takleh byg klw aku jadi mak nanti.. suruh anak yg basuh tgn last2 satu daerah pun basuh tgn jugak

@Dyana.. xian: dia tak Salah …bila mak² marah gitula….dia pernah kehilangan putra,semoga adik²thafiz jgn kecil hati benda kecil sebenarnya penting

@View replies (5) ✓: okey la tu mcm mak marah anak suruh basuh tgn sblm makan.. hihi takkan xkenal dato vida mmg suka melawak cara cmtu marah2 sayang je tu..

@noones: dsv ni nmpk je camtu tp dia baik n suka bersedekah sbb TU rezeki dia x pts2

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous articleRider GrabFood Bawa Sambil ‘Corner Baring’, Tarik Perhatian Ramai
Next article“Nyaris Jatuh Gaung” – Kemalangan di Genting Highlands

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here