Baru-baru ini, pelakon popular Erra Fazira akhirnya telah membuat YouTube channel sendiri yang diberi nama ‘Keep In Touch With Erra Fazira’. Erra telah mengumumkan berita itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut pelakon ini, sudah lama dia merancang untuk membuat channelnya sendiri namun terpaksa ditangguh kerana kekangan masa. Setelah lama menangguh, akhirnya kini dia dapat berjinak-jinak menjadi cotent creator pula.
Namun kata Erra, tidak mudah untuknya menjadi content creator kerana banyak perkara yang perlu dibuat selain ‘shoot video’. Idea juga perlu bernas supaya orang menonton content kita. Hal ini menyebabkan Erra sangat mengagumi mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang itu.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Erra telah mengucapkan tahniah kepada primadona itu dan berkata mereka akan sentiasa menyokong apa yang dilakukan olehnya.
Kini YouTube Erra Fazira telah mendapat sebanyak 1100 subscriber baru. Mari kita sama-sama support Erra Fazira di Youtube!
Sumber: -CARI