Home Hiburan Dah biasa bawa lagu ‘leman’, kali ini Siti Nordiana bri ‘Am4ran’… muncul...

Dah biasa bawa lagu ‘leman’, kali ini Siti Nordiana bri ‘Am4ran’… muncul dgn lagu rentak EDM brsama Bunga Isme

180
0

MENGAGUMI bakat Bunga Isme menyanyikan lagu rap mendorong Siti Nordiana berkolaborasi dengan penyanyi berusia 21 tahun itu dalam lagu terbaharu berjudul Ama.ran.

Menurut Siti Nordiana, 37, dia sudah lama menyukai cara penyanyi muda itu menyampaikan lagu rap dan melihat kerjasama itu sebagai satu peluang keemasan.

“Kami merakamkan lagu ini di sebuah studio di Damansara sekitar September lalu. Saya secara peribadi suka cara dia rapping…. dalam cute buat rap, dia ada sisi ketegasan dan kelembutan.

“Suara saya dan dia juga boleh serasi dan blend. Bagi saya Bunga kreatif dan berbakat besar.

“Apa yang boleh saya kata cara rap Bunga dalam lagu ini juga sangat bertenaga dan power,” katanya.

bunga 3

Siti Nordiana kagum bakat Bunga Isme.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata ini kali pertama dia menyanyikan lagu mempunyai sentuhan trap, selain rentak muzik EDM (electronic dance music).

“Saya menyanyi lagu beren.tak sebegitu kerana nak cuba sesuatu yang baru. Selama ini lagu saya banyak dan terarah ke genre pop dan balada. Jadi kenapa tidak cuba lagu berentak fast track.

Ia nasihat atau amaran daripada yang berpengalaman memberi peringatan kepada orang yang baru merasai dunia cinta!

SITI NORDIANA

PENYANYI

“Dalam lagu ini, hanya Bunga saja rap. Saya tidak. Apa yang boleh saya katakan lagu ini jenis yang senang diingat atau catchy. Ia lagu sing along.

“Secara tidak langsung, lagu genre sebegini boleh tarik kelom.pok peminat baru untuk kenal saya,” ujarnya.

bunga 2

Bunga disifatkan seorang penyanyi muda ber.ba.kat besar.

Berkongsi mengenai lirik dalam lagu ini, Siti Nordiana berkata ia mengi.sahkan mengenai nasihat orang yang terlebih dahulu melalui alam percintaan.

“Ia nasihat atau ama.ran daripada yang ber.pen.galaman memberi peringatan kepada orang yang baru merasai dunia cinta.

“Ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya,” katanya.

Ama.ran ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dilan.car.kan di penstriman digital sejak 26 November ini.

Sumber: mStar

Previous articleLama Menyepi, Muat Naik Gambar Terbaru Putera Mateen Buatkan Netizen Rindu T3ruk
Next articleTanpa 1 Juta Follower Pun, Pelakon Filem ‘Prebet Sapu’ Kini Akan Ke Oscar. Kenali Siapa Sebenarnya Amerul Affendi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here