Home Isu Semasa “Caprice nak ajar anak tiri cakap bahasa Inggeris..,” – Peminat Bergurau Panggil...

“Caprice nak ajar anak tiri cakap bahasa Inggeris..,” – Peminat Bergurau Panggil ‘Daddy Cap’.

132
0

SETELAH sekian lama menyepi, kini penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di media sosial berkongsi foto dan video mesra selepas bergelar suami kepada ibu tunggal anak satuBagaikan tidak sabar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Caprice memberitahu akan mengajar anak tirinya Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis.”Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu,” tulisnya.

cap2

Caprice selamat bergelar suami pada Isnin.

Pada petang Isnin, Caprice selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tvnggal anak satu yang berasal daripada Kelantan iaitu Farra Inalis, 26.

Sementara itu, Caprice turut meminta maaf kerana lama menyepi daripada laman sosial dan berjanji akan berkongsi apa yang berlaku kepada dirinya dalam masa terdekat.

Saya akan ajar dia (Aleesya) bahasa Inggeris dan Perancis.

CAPRICE

PENYANYI RAP

rtdfgh

“Maaf saya menghilangkan diri lebih daripada 40 hari, banyak yang saya lalui. Insya-Allah, saya akan berkongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam masa terdekat ini.

“Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya berhubung perkara ini kerana mereka fikir saya kahwin senyap-senyap.

“Maaf kerana menyusahkan semua orang, saya akan berkongsi hal ini tidak lama lagi,” ujarnya.

cap fara

Selamat pengantin baharu Caprice dan Farra Inalis.

Sementara itu rata-rata peminat melahirkan rasa gembira dan mendoakan kesejahteraan penyanyi berkenaan.

“Tahniah Daddy Cap, comel anak… moga berbahagia.”Congrats bro. I’m so happy for you. Dah ada orang jaga dah,” kata beberapa netizen.

Sumber:mStar

Previous article“Tolong doakan Fatimah..,” – Dia Sklt Dada Dn Sukar Untuk Brnafas ,Fatimah Disahkan Alami Jngkltan Kum4n
Next article[VIDEO] Ibu Janna Nick tergores hati baca komen netizen di media sosial, bangga pencapaian anak – “Hati saya pedih kalau orang kutuk dia”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here