Home Isu Semasa Bukan Sekadar Nasib, Pemenang Jackpot Magnum 4D Kongsi Rahsia Mudah Untuk Menang...

Bukan Sekadar Nasib, Pemenang Jackpot Magnum 4D Kongsi Rahsia Mudah Untuk Menang RM13.59 Juta

298
0

Tular di laman sosial apabila Wanita dari Sarawak berkongsi rahsia mudah untuk memenangi jakpot Magnum 4D. Dia siap menunjukkan bukti menang iaitu sebanyak RM13.59 juta. Dia meraih RM13.59 juta selepas memenangi hadiah pertama dalam jackpot Magnum 4D.

Dia merupakan pelanggan tetap Magnum selama lebih 20 tahun, dan sudah tentu kemenangan ini membuahkan hasil dan berbaloi bagi keringat dan cubaannya selama 20 tahun. Dia berkata bahawa nombor yang menang ialah 9933 dan 6190. Nombor tersebut dipilih secara rawak berdasarkan gerak hatinya.

Katanya lagi, “Saya selalu membeli nombor berdasarkan resit, papan tanda, wang ringgit, nombor siri dan nombor kereta rawak, tetapi apa yang membantu saya membuat keputusan sama ada untuk membeli nombor ini adalah apabila ia terlintas di fikiran saya secara berulang-ulang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Magnum

Pemenang bertuah itu tidak percaya dia telah memenangi RM13.59 juta sehingga anak perempuannya mengimbas tiket jackpot Magnum 4D miliknya untuk mengesahkan keputusan.

“Pada mulanya saya fikir saya hanya menang hadiah ke-2, tetapi apabila saya semak, saya sedar nombor 6190 yang saya beli juga keluar sebagai nombor hadiah ke-3. Ketika itulah saya menyedari bahawa saya telah memenangi jackpot!” Tuturnya.

Ibu rumah tangga itu merancang untuk berkongsi kemenangannya dengan ahli keluarganya dan membayar perbelanjaan pendidikan cucunya.

“Saya juga percaya dalam beramal kerana saya sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Saya akan menderma sebahagian daripada wang itu untuk projek amal sebagai sumbangan kepada masyarakat,” tambahnya.

Previous article“Api menyambar sekelip mata je…” – Niat cari rezeki bertukar tragedi malam tahun baru
Next article“Ok settle, business strategy…” – Punca kebakaran Jakel Seksyen 7 Shah Alam pagi tadi terdedah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here