TINDAKAN usahawan kont.roversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan mengundang pelbagai komen daripada netizen di laman sosial.
Menyedari ba.haya kepada diri dan kan.dungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti l.asak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.
“Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai… tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan yang lebih mencabar.
“Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la. Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja.
“Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun! Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali.
“Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu,” katanya kepada mStar.
Kak KM dan keluarga buat aktiviti riadah mendaki bukit, baru-baru ini.
Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hi.king di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada netizen dan rata-ratanya me.ne.gur tin.dakan Kak KM melakukan aktiviti la.sak yang boleh mendatangkan ba.haya kepada dirinya dan bayi dalam kan.dungan.
Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh mak.hluk ha.lus.
Saya nak nasihatkan orang yang mengandung jangan.lah pergi hiking atau buat aktiviti la.sak sebab sangat ba.haya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa!
LIANA ROSLI
USAHAWAN
“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi. Han.tu tu tak ada tapi manusia boleh jadi han.tu… kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada.
“Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan ke.rap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat… bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan.
“Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam… makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan las.ak sekali,” ujarnya.
Kak KM dah biasa aktiviti lasak dan aktif menari sebelum ini.
Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
“Tapi saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti la.sak sebab sangat bahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa.
“Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan… memang senang penat!
“Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya,” katanya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Mstar