Home Hiburan Biodata Zul Ariffin Dan Siti Hariesa, Pelakon Sedang Hangat Diperkatakan Kini

Biodata Zul Ariffin Dan Siti Hariesa, Pelakon Sedang Hangat Diperkatakan Kini

3402
0

Nama pelakon ini bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Dikenali dengan nama Zul Ariffin, pelakon ini memulakan kariernya sebagai anak seni pada tahun 2008 menerusi drama Awan Dania.

Boleh dikatakan memiliki pakej lengkap sebagai seorang pelakon, beliau juga cukup sinonim dengan badannya yang tegap serta kacak. Malah terbaharu ini namanya menjadi bualan hangat selepas satu klip video aksi ‘panas’ dari sebuah drama telah dikongsikan olehnya.

Difahamkan video tersebut adalah teaser bagi sebuah drama yang bakal ditayangkan pada April nanti berjudul Perempuan Itu di TV3. Apa-apa pun jom kenali serba sedikit mengenai pelakon lelaki yang sering menjadi tumpuan ramai ini menerusi biodata berikut:

Biodata Zul Ariffin

NAMA PENUH: Zulkifli Bin Ariffin
NAMA POPULAR: Zul Ariffin
UMUR: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1986
ASAL: Taiping, Perak
INSTAGRAM: zul_ariffin

Kerjaya

Pada awal pembabitannya dalam dunia seni, Zul Ariffin berlakon dalam drama Awan Dania pada tahun 2008 sebagai watak pembantu. Dia kemudiannya membintangi drama Gerak Khas memegang watak Inspektor Ashraf di RTM.

Filem pertama lakonannya adalah Evolusi KL Drift 2 pada 2010 sebagai ASP Zam. Namanya semakin menjadi perhatian ramai selepas berganding dengan Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% di slot Akasia TV3. Sejak daripada itu, kejayaan satu persatu drama lakonannya mula membuahkan hasil.

Zul Ariffin juga pernah memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem Penanggal.

Jika nak diceritakan tentang perjalanan karier lakonan Zul Ariffin memang sudah banyak dan panjang. Namun sudah pastinya beberapa kontroversi turut terpalit pada figura ini menjadikan namanya sering mencuri perhatian ramai.

Foto

Zul Ariffin

Zul Ariffin

Zul Ariffin

Zul Ariffin

Zul Ariffin

Sumber: HCL

Biodata Siti Hariesa Pelakon Perempuan Itu. Siapakah pelakon cantik bernama Siti Hariesa? Beliau merupakan seorang pelakon dan juga bekas peserta DFKL 2019. Kini, beliau muncul dalam drama terbaru berjudul ‘Perempuan Itu’ yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Kita dikejutkan dengan satu kontroversi hari ini setelah dihidangkan dengan klip ‘trailer’ yang agak menjolok mata, luar dari kebiasaan. Babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.

kandungan klip pendek ini seakan-akan mempromosikan agenda panas, semestinya akan menarik minat ramai netizen untuk menonton. Saksikan salinan Klip trail.

Klip trailer ini telah dipadam setelah menerima kecaman netizen, tidak sampai 24 jam klip ini ditarik semula. Persoalan sekarang, siapa pelakon yang membintangi Perempuan Itu?

Biodata Siti Hariesa

Nama Popular: Hariesa DFKL
Asal: Kuala Lumpur
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Kerjaya: Pelakon
Penglibatan: Bekas peserta DFKL 2019 / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022
Drama: Utusan Cinta Buat Adam (2019) / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022
Laman Sosial:
Instagram: Laman Rasmi instagram

Sumber: HCL

Previous article“Dah Ready Ke…,” – Vida Tanya Dalam Debar, Muzik Video Baru Bakal Dilancarkan Petang Ini
Next articleSelepas Ditegur Menteri, Kini Giliran Iesya Toh Bersuara Mengenai Isu Babak Panas Zulariffin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here