Bertahun-tahun menunggu peluang untuk bergelar peserta pertandingan Big Stage, namun penyanyi juga komposer muda Tuah Adzmi te.rpak.sa akur apabila menjadi peserta ketiga ter.sing.kir daripada pen.tas pertandingan program berkenaan sebentar tadi.
Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, ter.sing.kir selepas mendapat markah keseluruhan terendah iaitu sebanyak 7.32 peratus pada konsert minggu keempat Big Stage musim keempat (BS4) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pada konsert mingguan tersebut, Tuah menyampaikan lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal Tajul dan Afieq Shazwan.
Sementara, Aisha Retno yang mendendangkan lagu Lathi (Weird Genius feat Sara Fajira) dan sering muncul dengan persembahan hebat kekal unggul sebagai peserta paling cemerlang dengan markah tertinggi daripada juri iaitu berjumlah 89.0 peratus.
Minggu depan bakal menyaksikan sembilan peserta mendendangkan lagu-lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga juri tetap BS4.
Senarai lagu tersebut diumumkan sendiri oleh juri tetap, Ajai pada penghujung konsert.
Antara lagu popular Siti yang bakal menjadi tuga.san peserta termasuklah, Ku Milikmu, Purnama Merindu, Anta Permana dan Cindai.
Konsert BS4 menyaksikan penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz sebagai Juri Pe.das dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida kekal di kerusi Presiden Netizen.
Sementara, juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz kembali men.gisi kerusi Juri Juara.
Sebagai info, selebriti sensai Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai peserta pertama yang ter.sing.kir dan diikuti Lia Aziz pada minggu lalu.
Sumber: KOSMO! ONLINE