Home Hiburan Berlian Bernilai RM25 Juta! Ini 9 Momen Menarik Di Majlis Resepsi Kamal...

Berlian Bernilai RM25 Juta! Ini 9 Momen Menarik Di Majlis Resepsi Kamal Adli & Uqasha Senrose

329
0

Bagai pinang dibelah dua, pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose meraikan kisah cinta mereka dalam sebuah majlis persandingan pada 15 Disember lalu.

Memeterai ikatan suci mereka bersaksikan tanah tinggi, majlis resepsi indah ini diadakan di Puncak Dani, Genting Highlands, Pahang.

Hampir 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai serta rakan-rakan artis memeriahkan lagi acara yang bermula sekitar pukul 8.30 malam.

Gempak diundang khas untuk menjadi tetamu persandingan raja sehari dan ini 9 momen menarik yang sempat kami saksikan sepanjang malam romantis ini berlangsung.

1. Majlis resepsi diadakan di sebuah banglo mewah, Puncak Dani yang terletak di Genting Highlands. Lokasi ini sering dijadikan tempat penggambaran serta acara-acara santai.

2. Walaupun hujan renyai mengiringi sepanjang penganjuran majlis, itu tidak menghalang tetamu lelaki segak mengenakan suit serta si wanita jelita dengan tema ‘evening gown’.

3. Uqasha menggayakan busana resepsi putih dari rekaan Fizi Woo bagi acara keraian dan bertukar pada gaun biru gelap sentuhan Nurita Harith sewaktu acara memotong kek.

4. Nurita diberi masa hanya empat hari untuk menyiapkan gaun bagi acara potong kek berikutan pereka sebenar, Rizman Ruzaini terpaksa menutup butiknya selepas 15 orang kakitangannya positif COV1D-19.

5. Uqasha mengenakan barangan kemas seperti rantai, anting-anting dan tiara manakala Kamal pula menggayakan butang baju dengan nilai keseluruhan hampir RM25 juta pada majlis resepsi.

6. Hadiah daripada isteri tersayang, penyanyi tersohor Anuar Zain diundang sebagai jemputan bagi memberi kejutan kepada Kamal. Kamal sememangnya meminati dan sering meniru gaya nyanyian Anuar. Reaksi Kamal sewaktu melihat Anuar masuk memberikan kejutan, priceless!

7. Anuar Zain membawakan tiga buah lagu berjudul Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu dan Sedetik Lebih.

8. Ahli keluarga Kamal dan Uqasha sanggup memasuki kelas menari tarian Bollywood selama tiga bulan bagi memastikan malam berinai mereka yang bertemakan hindustan disambut dengan meriah dan berjalan lancar.

9. Antara rakan selebriti yang menjadi saksi majlis resepsi pasangan ini adalah Datuk AC Mizal selaku pengacara, Catriona Ross, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran, Michael Ang, Fizo Omar, Syamel dan Ernie Zakri, Lah Ahmad, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Pada 5 November lalu, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, tepat jam 9.39 pagi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan RM22.50 sebagai mas kahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Previous articleAnak Vivy Yusof Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk Hulurkan Bantuan Kepada Mngsa Bnjir
Next article“Kami dikelilingi pengump4t, penc3la” – Ibu Puteri Balqis Tampil Bersuara, Kes4l Gara2 Hal Ini.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here