Home Hiburan “Berjuta kali dah kahwin..”- Diana Danielle Dedah Pengalaman Berkahwin Dlm Lakonan Jadi...

“Berjuta kali dah kahwin..”- Diana Danielle Dedah Pengalaman Berkahwin Dlm Lakonan Jadi Bualan

193
0

Pelakon veteran  jelita tanah air, Diana Danielle baru ini memuatnaik beberapa foto disebalik tabir drama She Was Pretty di Instagram nya.

Aktres ini mengulas tentang pengalamannya melakonkan adegan perkahwinan bukan kerja yang mudah, kerana ia merupakan skala yang besar serta perlu melakonkan babak tersebut mengikut urutan.

Harungi Rasa Cringe Demi Sebuah Cerita

Dalam penulisannya di Instagram, meski semasa berlatih berlakon untuk adegan perkahwinan tidak lari dari rasa (cringe) namun demi menghasilkan sebuah cerita yang terbaik sebagai seorang pelakon rasa tersebut perlu diharunginya.

collage1 23
Foto – (IG) @dianadanielleb

“Sebenarnya babak perkahwinan adalah MENYAKITKAN.

Skala dia besar, masa untuk siapkan satu urutan tu sehari semalam.

Berjuta kali dah kahwin sepanjang jadi pelakon ni, rupa pun macam main kahwin-kahwin masa kecil-kecil kat kampung.

Bila beraksi, amboi tenung macam cinta mati lah konon. Bila berlatih perasaan memasing ‘cringenyaaa’ tapi demi sebuah cerita kita harungi jua

sedikit di sebalik tabir untuk #shewaspretty @viumalaysia” dedahnya

Peminat Terhibur Lihat Foto Sebalik Tabir

Foto disebalik tabir yang dikongsikan Diana buat peminat tertarik dan terhibur apatah lagi menerusi gambar tersebut ramai peminat aktres ini memberi komen cukup menarik.

“Nampak jelas kecringeringannya di situ, tak sabar nak tengok”

“Ni yang versi Melayu, drama korea sama tajuk ke?”

“Itulah. Selalu fikir tahan betul dia orang ni tak tergelak ke apa.”

“Penuh dengan gelak je… Mesti banyak kali ‘take’ tu” komen mereka

collage2 27
Foto – (IG) @dianadanielleb

Selain itu, ada juga yang bertanya bila drama tersebut akan bersiaran. Menurut Diana drama bersiri adaptasi dari drama Korea ini akan mula bersiaran pada pertengahan tahun ini nanti.

“Bila mula ni” soal peminat

“InsyaAllah pertengahan tahun ni” jawab Diana

Sekadar info, drama Korea She Was Pretty yang popular pada tahun 2015 ini, kini dihasilkan semula dalam versi Malaysia dan disiarkan menerusi penstriman dalam talian terkenal Viu Malaysia.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, dan ramai lagi barisan selebriti terkenal lain.

Sumber: Muraimy

Previous articleSiti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton. Sekali Tokti Siap Buat Lagu Raih Tumpuan
Next article“Tak nk ‘maid’ muda, sebab..”- Iqbal Mahu Cari ‘Maid’ Umur 40 Tahun. Sekali Ini Yg Jadi Bualan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here