Home Dunia Bekas Jutawan Terkenal, Terkini Ikat Perut Terpaksa Jual Makanan Tepi Jalan Bayar...

Bekas Jutawan Terkenal, Terkini Ikat Perut Terpaksa Jual Makanan Tepi Jalan Bayar Hutang RM29 Juta

267
0

Dulu jutawan terkenal, kini jual makanan tepi jalan terpaksa bayar hutang RM29 Juta. Seorang bekas jutawan yang bankrap, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak RM29.4 juta dengan menjual sosej panggang di gerai makanan di tepi jalan.

sinetronmalaya.com Bekas Jutawan Terkenal Terkini Ikat Perut Terpaksa Jual Makanan Tepi Jalan Bayar Hutang RM29 Juta

Menurut laporan, Jian, 52, mendapat pujian daripada orang ramai di negara itu dengan rancangannya untuk mengumpulkan wang dengan membuka gerai untuk membayar balik hutangnya.

Baca Juga: Kawan Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Sekali Ramai Tak Sangka Nilai Sebenar

Baca Juga: Disangkakan Pengemis, Lelaki Berpakaian Selekeh Beli Kereta Harga RM54 Ribu Secara Tunai

Bekas jutawan itu berhutang melibatkan jutaan yuan selepas beliau jatuh muflis, menurut laporan.

Jian yang juga merupakan pemilik restoran di China dianggap sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di seluruh Wilayah Zhejiang.

Pada usia 36 tahun, beliau sudah memiliki rangkaian restoran dan telah mengumpulkan kekayaan tetapi pada tahun 2005, Jian memutuskan untuk melabur sebahagian besar wangnya ke dalam industri kejuruteraan dan beliau mengalami kerugian serta dibebani dengan hutang.

Beliau juga terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya dan berdepan hutang jutaan yuan, menyebabkan idea mendapat idea menjual sosej.

Bekas jutawan itu pernah berkata dalam satu wawancara bahawa beliau pernah dilahirkan tanpa mempunyai ‘apa-apa’ dan perlu terus belajar untuk menghadapi kesukaran dengan tenang dan mara ke hadapan dengan berani.

Kisah Jian dan video yang menunjukkan beliau mengendalikan gerai sosejnya di Zhejiang menjadi tular baru-baru ini dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mencari kekuatan dalam menghadapi kesukaran hidup.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OVN

Previous articleBapa Belajar Hisap Dadah Dari Anak
Next article“Geram Pulak Aku Terajang Mamat Tu..” – Pengantin Lelaki Lengahkan Sarung Cincin, Tapi Lain Pula Respon Netizen
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here