Home Hiburan “Bayi keluar dari rah!m Maryam, terus a!r m4ta saya j4tuh”- Ryzal kelam...

“Bayi keluar dari rah!m Maryam, terus a!r m4ta saya j4tuh”- Ryzal kelam kabut nak sambut kelahiran anak sulung

294
0

SETELAH dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan Instafamous suami-isteri dari Malaysia dan Korea Selatan menyambut kelahiran anak sulung mereka jam 6.27 petang Rabu.

Menerusi satu perkongsian Instagram yang dibuat oleh si isteri, Maryam You Narae, 28, dia meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa yang diterimanya.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas berita kelahiran yang dikongsikan pada Khamis.

Bercakap kepada mStar, Ryzal Nik Ibrahim, 29, berkata dia kini berasa lebih bertanggungjawab setelah bergelar bapa kepada bayi perempuan yang diberi nama Rina.

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur apabila Maryam selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka itu secara normal, di sebuah hospital swasta di ibu negara.

“Walaupun sebelum ni Maryam mengandung, tapi tak rasa lagi macam seorang bapa sebab tak nampak lagi bayi lahir. Tapi semalam bila anak kami keluar sahaja dari rahim Maryam, tiba-tiba air mata saya jatuh.

maryam_bersalin

Maryam mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan bayi.

“Saya tak fikir apa pun, cuma rasa ters3ntuh dan tak percaya sudah menjadi bapa kepada seorang cahaya mata perempuan.

“Banyak perkara yang saya kena belajar mulai sekarang dan mungkin ini adalah petanda untuk menjadi lebih matang,” ujarnya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Ryzal, dia bersyukur kerana proses kelahiran tersebut dipermudahkan Allah dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Ryzal juga sempat bercerita bagaimana dia panik terpaksa meredah trafik yang sesak ketika dalam perjalanan untuk ke hosp1tal semula setelah pulang mengambil barang bayi yang tertinggal di rumahnya di Mont Kiara.

“Doktor kata biasanya selepas bukaan dua sentimeter akan ambil masa dalam empat hingga tiga jam untuk berubah, jadi saya pun balik ke rumah sekejap untuk ambil kain pembalut bayi.

“Bila dah dekat rumah, satu jam selepas itu Maryam telefon beritahu bukaan dah sembilan sentimeter. Cepat-cepat saya gerak semula ke hosp1tal dengan jalan s3sak lagi, sampai tak sengaja terl4nggar side mirror dua buah kereta.

Tapi saya pun tak boleh la nak serahkan 100 peratus pada orang luar untuk menguruskan semuanya.

NIK MUHAMMAD RYZAL NIK IBRAHIM

“Saya nak minta maaf sangat-sangat kepada pemilik kereta tersebut kerana terlalu kel4m k4but ketika itu sebab Maryam dah nak bers4lin.

“Alhamdulillah saya sempat sampai di hosp1tal dan Maryam masih tengah push,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu berkongsi tentang persediaan berpantang isterinya, Ryzal juga berkata dia perlu belajar memasak masakan Korea untuk dihidangkan kepada Maryam.

“Kami dapat sponsor daripada sebuah syarikat yang akan menghantar confinement lady selama 44 hari berpantang.

“Tapi saya pun tak boleh la nak serahkan 100 peratus pada orang luar untuk menguruskan semuanya.

224561945_1318590005223516_2292122742369097796_n

Ryzal mengakui berrasa lebih bertanggungjawab selepas bergelar seorang bapa.

“Saya kena belajar juga macam mana nak sediakan lauk berp4ntang, sebab makanan Maryam ni makanan Korea. Orang kita tak tahu sangat nak masak lauk mereka macam mana.

“Jadi saya kena belajar cara macam mana nak masak sup seaweed dan hidangkan untuk dia setiap hari,” katanya.

Untuk rekod Ryzal dan Maryam yang popular dengan saluran YouTube Duriankimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Nanti Yek Kita Ken4kan Dia Plak!!”Comel Betul Tokti Ken4 S4kat
Next article“Romantik ko Mat”-Video ‘sweet’ Mamat Sepah buat isteri dipuji peminat
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here