Home Hiburan “Bawak Jumpa Bunian Ni..”- Cuba Elak ‘Jammed’ Untuk Pulang, Tersesat Dalam Hutan...

“Bawak Jumpa Bunian Ni..”- Cuba Elak ‘Jammed’ Untuk Pulang, Tersesat Dalam Hutan Gara Gara ‘Waze’

183
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang netizen mengenai peristiwa yang menimpa beliau baru baru ini akibat menggunakan aplikasi ‘Waze’ untuk mengelak kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kota untuk bekerja kesokan hari. Kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam itu mendapat tontonan lebih daripada 1 juta tontonan dengan mengemukakan pelbagai reaksi akibat ‘kelurusan’ pemandu tersebut mengikut panduan dari aplikasi ‘waze’ sehingga membuatkan pemuda tersebut tersesat dalam hutan berdekatan dengan lebuhraya.

Melalui klip tersebut, pemuda tersebut merakam kejadian yang menimpa oleh beliau dan rakan rakan beliau ketika ingin pulang ke rumah. Beliau yang mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi ‘waze’ untuk mengelak diri dari terkandas dalam kesesakan lalu lintas akhirnya membawa padah apabila aplikasi tersebut membawa beliau dan rakan rakan beliau masuk di sebuah jalan ke sebuah hutan yang tidak diketahui kedudukan lokasi tersebut. Keresahn beliau membuatkan beliau terus pemanduan tersebut sehingga sampai ke sebuah lokasi berhampiran pagar di sebuah lebuhraya yang kosong. Kereta yang dinaiki oleh beliau terhenti akibat kerisauan yang terus bermain dalam akal dan fikiran beliau dan rakan rakan beliau sehinggakan mereka cuba menelefon untuk meminta bantuan untuk keluar dari lokasi tersebut..

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikkan seperti :

@Sat0Xgaming:kenapa orang masih pakai waze instead of google map??

@Firdaus Hashim:yg ikut pun lurus btul. kalau ak dh lain je jln xde dh ak nk ikut

@FLOOFY.PEACHI:Masalahnya jalan luar tu tak jammed pun HAHAHAHA

@kai:waze punya feature nak elak tol/highway ni lain macam, pernah sampai bawak pergi kawasan hutan dgn kampung-kampung kecik, nasib waktu pagi

@Andy:aku dah bertahun xpakai waze. Selalu salah. Dah 4 tahun pakai google maps. Sampai skrg tepat!!!!

@Skuadapi_:owner dgn waze same lurus

@kedhuneys:aku pernah . guna waze dia bawah p ikot kubuq siam . bukan tepi bukan tengah . dia suruh aku redah ja atas kubuq tu

@Nazs Sham:pernah kena macam ni waze punya angkara.. sekarang guna google maps je lah lagi accurate..

@𝘼𝙯𝙯𝙖𝙝𝙧𝙖𝙝2054:Alahai waze mmg kdg2 bwk jln yg mnyeramkan..pernah berlaku pd saya..nk cari station mnyak..dia bwk jln masuk hutan pastu lagi jauh..panik dibuatnya.

@Syahida Airis Anisa:Hahaha.. Pasni jgn lupa set dekat navigation, avoid unpaved road.. Saya pernah terkena jugak, dia bawak masuk jalan ladang sawit

@A D A M I Z R E T H:tadi un ada ikut waze,lepastu dia bwk pergi tempat tanah air yg macam untuk hilux lalu,auto undur blk

@wallflower:pakai waze dlm bandar je utk elak jem. Jln pekan or kg jgn la pakai waze ntah mana hala dia bwk. pakai google maps jer

@user3782223233476:Aku pernah guna waze, last2 lalu blkng rumah org duk tgk org cuci pinggang. Taubat dah dgn waze..hahaha

@Lina Md Nor:saya sampai masuk perkampungan mana tak seram weh salah jalan jam 2.40am weh waze mmg tak boleh percaya…jalan kabus lps tu dia boleh loading…

Dikhabarkan mereka berjaya keluar dari lokasi tersebut dan beliau berkongsikan satu klip baru di aplikasi Tiktok beliau bahawa kereta yang dinaiki oleh beliau ketika itu perlu dibasuh kerana terlalu kotor akibat memasuki hutan tersebut. Setelah peristiwa tersebut berlaku pada diri beliau, beliau sepertinya sudah serik menggunakan aplikasi tersebut. Bagi mereka yang masih terkandas dalam kesesakan lalulintas semoga perjalan kalian diberi kesabaran yang cukup tinggi untuk menghadapinya.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Ending Dia Mcm Tak Caye Je..”- Drama ‘Khilaf Asmara’ Tamat Tergantung, Netizen Syak Ada Musim Kedua
Next article“Ingat Jadi Menantu, Rupanya Jadi Madu..”- Ngorat Anak Tak Lepas, Cuba Ngorat Si Bapak Depan Bini
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here