Home Isu Semasa “baru tahu rasa jadi bapa-bapa” – PU Riz G3lar Diri ‘Abah’ ,Doa...

“baru tahu rasa jadi bapa-bapa” – PU Riz G3lar Diri ‘Abah’ ,Doa Bilal jadi Anak Yang Soleh.

264
0

TUJUH hari bergelar bapa, pelakon dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz masih tidak percaya sudah dikurniakan cahaya mata sulung pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram, PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu dan akan mendidik anaknya menjadi anak yang soleh.

“Alhamdullillah Allah beri nikmat… anak ini adalah aset ke syurga dengan syarat umi dan abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.

“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah.

“Baru aku tahu macam mana umi dan abah aku sayang padaku… terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapa-bapa dah pula, cepat dunia berlalu,” tulisnya.

haris 1

Haris bersyukur dikurniakan cahaya mata.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan sepasang stoking bayi.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Haris memaklumkan isterinya Neelofa selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang.

Taat Allah sepenuhnya dan berbuat baik pada ibu bapa kerana tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmu!

PU RIZ

SUAMI NEELOFA

Pasangan itu memilih nama Muhammad Bilal untuk anak pertama mereka.

Dalam pada itu, Haris turut menitipkan pesanan dan berkongsi tazkirah ringkas untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram.

haris 2

Haris dan Neelofa mahu mendidik Bilal berlandaskan agama.

“Taat kepada umi kerana ianya perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnya dan berbuat baik pada ibu bapa kerana tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmu.

“Jangan mel4wan (jika tidak ada yang bert3ntangan dengan agama). Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah dan umi seperti mana abah dan umi kasih padamu

“Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Alhamdullillah Allah hadirkan (cahaya mata) insyaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Haris pada Mac 2020.

Sumber:mStar

Previous article“Makin Pandai Berlakon, Makin Cantik..” – Peminat Tk Henti Puji Penampilan Siti Nurhaliza Dlm Sepahtu Reunion Live
Next articleDulu Sekolah Rendah Sekali , Wanita Seronok Dapat Ayah Tiri Beza Umur 3 Tahun
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here