Home Hiburan Baru Sahaja Ali Puteh Tunjuk ‘Barang’ Dalam Kawasan Rumah, Sekali Lelaki Ini...

Baru Sahaja Ali Puteh Tunjuk ‘Barang’ Dalam Kawasan Rumah, Sekali Lelaki Ini Cerita Hal Sebenar

181
0

Susulan pendedahan pelawak Ali Puteh yang mendakwa balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali melakukan upacara ritual tertentu di luar rumah, pengamal perubatan Islam tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi video di TikTok, pengamal perubatan yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin menyangkal dakwaan wujud unsur sihir dalam rakaman yang dikongsikan Ali.Jelasnya, bahan-bahan yang digunakan itu adalah untuk memagar rumah daripada gangguan syaitan.

Pertama, balu arwah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh. Kedua, tiada tanda-tanda sihir yang ada dekat situ. Kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara diguna pakai untuk tujuan memagar di rumah. Boleh jadi rumah itu baharu dipagar. Tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah.

Sihir jumpa kain kuning

Dalam pada itu, Zaki menyatakan sekiranya perbuatan yang diperkatakan itu sihir, pelawak berumur 33 tahun akan menemui ayam, kain kuning yang terikat serta bangkai haiwan.

Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu. Contohnya seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati. Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu.

Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah peninggalan arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik. Hidayah juga menggesa Ali untuk menyegerakan bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah. Selepas Hidayah pulang, Ali memuat naik video dengan menunjukkan kawasan luar pagar rumah itu yang ditaburi garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung.

Lihat apa kata orang ramai:

@KY| Chipster: Sebenarnya ali yg tkut tu dgn garam tu..dayah dh pagar dh rumah tu..ali plk tk boleh msuk di sebabkan garam tu yg mengelupur tu..

@Tiey_Jf: Ali Puteh takut dgn bayang²… x salah nk pagar rumah sendiri kot.. nk pendekkan cerita kosongkan je rumah tu..

@HaGeMaRu: kesian ali….di hantui dengan duniawi

@Az Ibrahim: ali ni ada pakai ilmu apa2 ke apa takut sgt dgn taburan garam dgn daun bidara ni..

@Siti Aminah Aminah83: abah saya prnh berubat org sakit..utk pagar rumah bkn sj ayat2 Al Quran tp garam kasaq..tanam pkok bidara elak dri gangguan sihir…

@Mohd Amir Shamsuddin: garam tu untuk halau ali tapi ali jenis xpaham bahasa

Sumber: TikTok

Previous article“Jarang Lelaki Boleh Nyanyi Lagu Tokti, Sedap Betul Suara Dia. Satu Dalam Sejuta..” – Netizen
Next article“Konsert Paling Best, Terimbau Kenangan Zaman Kecik-kecik Dulu. Syok Betul Dengar Tomok Nyanyi..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here