Home Kisah rakyat Baru Sahaja Akad Nikah, Lelaki Ini Terus Cerai Isterinya Talak 3

Baru Sahaja Akad Nikah, Lelaki Ini Terus Cerai Isterinya Talak 3

353
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video tentang kisah perkahwinan seorang lelaki dengan pasangan pilihannya. Ia merupakan perkongsian seorang photographer perkahwinan. Sudah banyak kisah yang berlaku sepanjang kerjayanya, namun ada satu kisah yang masih segar di ingatannya.

Ia menceritakan tentang ibu bapa yang meletakkan mas kahwin yang begitu mahal, iaitu sebanyak RM22222.22. Memang mahal tetapi lelaki ini bersetuju untuk membayarnya. Hal ini kerana lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

duit

Hari akad nikah berjalan dengan lancar, kedua mempelai tampak begitu bahagia dan gembira. Pengantin lelaki pun dengan senafas sahaja melafazkan akad. Hantaran bertukar tangan, berserta juga mas kahwin.

Semasa sedang membaca takliq, saudara dari pihak perempuan ada berbunyi dan membuat bising. Dia menyoalkan tentang duit hantaran yang tidak cukup seperti dijanjikan.

“Duit hantaran tak cukup RM1000 ni!”

Pengantin perempuan juga terus bangun dan meninggikan suara kepada pengantin lelaki. “Apsal tak cukup RM1000..”

Pihak sebelah perempuan juga ada yang memerli “dah tahu tak cukup duit, tapi gatal sangat nak kahwin kenapa..”

Pengantin lelaki yang sedih mendengar lontaran itu, menitis air matanya. Namun dia masih senyum dan terus mengambil mikrofon. “baru shaja jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni? saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok korang macam mana. Ini saya ada bawak duit yang tak cukup tu..” sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit di dalamnya.

“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya lepaskan awak talak 3. Assalamualaikum..”

Katanya sebelum sebelum bersalaman dan terus beredar dari situ

Itulah orang zaman sekarang, terlalu tinggi meletakkan hantaran sehingga berkira sedemikian sekali. Lelaki kalau sayang dia akan buat segalanya. Namun dia akan pergi jika rasa tidak disayangi..

Previous articleTak Sanggup Tengok Isteri Sakit Mengndung, Aliff Syukri Batal Hasrat Miliki 10 Anak
Next articleKantoi Intai Rumah Pelajar Wanita, Pemuda Palestin Di Tahan Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here