Home Hiburan Baru Je Tular Zul Gmbar Brsama Wanita, Sekali Prkongsian Trbaru Sabrina Undang...

Baru Je Tular Zul Gmbar Brsama Wanita, Sekali Prkongsian Trbaru Sabrina Undang Kekeceωaan Netizen!

658
0

Setiap gerak-geri dan perkongsian hantaran di media sosial pelakon kacak Zul Ariffin sering menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, ramai wanita meluahkan keke.cewaan apabila seorang wanita bernama Sabrina Sharleen yang juga bekas pramugari kini berjin.ak-jinak sebagai pelakon tambahan memuat naik video bersama Zul.

Daripada hantaran itu, ramai beranggapan wanita itu adalah kekasih hati Zul Ariffin. Bagaimanapun, ia dina.fikan oleh pelakon filem Sang.kar itu.

090501wyqe85g0zt4qlfhl

“Dia bukan teman wanita saya, mungkin ketika ini dia sedang bersama kekasih hatinya? Saya sendiri tidak tahu-menahu,” katanya.

Pelakon bertubuh sasa itu mengulas ringkas apabila ditanya mengenai sekeping foto bersama wanita yang tular sekitar Disember lalu.

Foto: IG

Menurut Zul, foto yang tular itu sekadar gambar dan dia juga tidak berhubung dengan wanita terbabit.

“Perkongsian itu sekadar gambar semata-mata. Selepas itu saya tidak menghubungi dia pun. Apabila dia ingin bergambar, saya okay sahaja.

“Apabila dia memuat naik di Instagram Story miliknya, kemudian saya mengulang siar perkongsian itu. Hanya itu saja, tidak lebih dari itu.

“Saya boleh bergambar dengan sesiapa sahaja. Orang luar boleh menilai. Ini ‘line’ kerja saya, orang luar tak tahu mengenai publisiti,” katanya.

Difahamkan, wanita itu menjayakan watak tambahan dalam drama terbaharu lakonan Zul berjudul Tarik Aku Ke Syurga.

Menurut laporan media, wanita itu menegaskan hubungan mereka sekadar kawan biasa sahaja. Wanita itu mengenali Zul sejak tiga tahun lalu dan mereka pernah bertemu beberapa kali.

Selain itu, menjawab lanjut, menurut Zul, dia sedar tidak mampu menutup mulut atau menghalang sebarang pandangan peribadi penonton mengenai aksi mesra yang dipaparkan.

Aktor berusia 36 tahun itu turut menegaskan, aksi mesranya mendukung seorang wanita untuk tujuan mempromosikan sebuah produk bengkung tempatan baru-baru ini berlaku dalam keadaan spontan dan tidak dirancang.

Menurut Zul, sedikit pun tidak timbul soal gimik atau sebahagian daripada strategi pemasaran untuk promosi kerana sejak dari awal babak seperti itu tidak pernah dibincangkan.

“Bukan kami punya niat pun untuk menjadikan promosi itu antara objektif untuk menjadi tular. Saya tak kisah pun sebenarnya jika orang nak kritik atau kecam sebab saya buat kerja.

“Nak cakap soal kritikan atau kecaman, itu semua sudah saya anggap bak ‘sarapan pagi’. Maaf cakap. Apabila bercakap mengenai kerja, memang saya akan komited dan fokus. Kita teruskan saja kehidupan.

“Ini adalah bidang bisnes hiburan dan proses kreatif. Lagipun lakonan adalah kerja saya. Bukan saya yang pilih nak dukung siapa kalau diminta untuk buat kerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya cuma buat kerja,” katanya pada majlis pelantikannya sebagai duta produk bengkung jenama Superwoman di Hotel Concorde, Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk itu, Zul terharu kerana dirinya dipilih dan diberi kepercayaan itu.

“Saya juga menyukai produk bengkung yang banyak membantu saya bersenam di gimnasium walaupun saya akui, tak kongsikan aktiviti senaman saya di media sosial.

“Saya jenis suka buat secara senyap. Tetapi, untuk ini tak lama pun saya ambil masa untuk bersetuju sebab memang menggunakan bengkung untuk tujuan sokongan tubuh badan.

“Senang bekerjasama dengan pasukan Superwoman dan saya juga menyukai produk bengkung yang dikeluarkan. Semestinya, saya mahukan sesuatu yang berkualiti kerana turut menggunakan nama saya sebagai duta,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Previous articleTular Skirt ‘Toing Toing’ Siti Nordiana Curi Perhatian Peminat- “Hahaha comel”
Next article“Kalau dia m4lukan mak cikyam, sama macam m4lukan anak sendiri” – Kawan Fizo Omar mula buka cerita
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here