Home Dunia “Bagus anak Tokti ni diajar cara hormat orang tua, tak kira pangkat…”...

“Bagus anak Tokti ni diajar cara hormat orang tua, tak kira pangkat…” – Sikap anak Tokti, Aafiyah mendapat perhatian netizen

127
0

Tokti atau Mak Iti atau nama sebenarnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi terkenal, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau telah berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik watieysoong menunjukkan anaknya iaitu Siti Aafiyah telah memberi pesanan kepada pengasuhnya sebelum bertolak ke Dubai. Klip video tersebut menunjukkan perwatakan Aafiyah yang sangat rapat dengan pengasuhnya. Sikap Aafiyah yang mesra tersebut telah mendapat perhatian warganet.

Rata-rata warganet memuji cara didikan Tokti terhadap anaknya yang hormat dengan orang yang lebih tua daripadanya tidak kira pangkat. Ramai juga yang mengatakan kepada Aafiyah agar terus bersikap ‘humble’ sehingga beliau dewasa. Ada juga yang mengatakan walaupun kedua ibu bapanya merupakan Datuk Seri tetapi beliau tidak sombong dengan orang sekelilingnya.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 350K tontonan, 15K sukaan dan 200 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@incessikin: stay humble aafiyah..sampai besar yer..ikut peribadi ibu insyaAllah.

@Sharifah_YoungLiving: best nyee jmpe tokti hari2..hehe.. rezeki awak.. baik aafiyah pesan2 tu comeyy

@rossaliza78: Bagus ank Dato CT ni…diajar cr hormat org lbh tua. x kira pngkatnya.

@KasihSayangSesama: sopannya aafiyah, terus membesar dgn adab ya comel…uncle doakan semoga sentiasa dlm rahmat Allah..

@kimi personal shopper: mst cantikkan aafiyah dh besar nanti hihi. jaga aafiyah n afwa elok2 tau… jaga tokti skli hihi

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Style betul dah macam Angelina Jolie dengan Brad Pitt…” – Video Pre Wedding Reen Rahim dan suami buat ramai terpegun
Next article“How do you know, korang duduk satu rumah dengan I ke…” – Puteri Sarah Liyana kecewa dianggap tidak move on

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here