Home Netizen “Bagus adik-adik ni, tetap datang beraya walaupun kawan dyorg dah takda” -Netizen

“Bagus adik-adik ni, tetap datang beraya walaupun kawan dyorg dah takda” -Netizen

266
0

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek di mana rakan-rakan arwah anaknya datang beraya ke rumah. Beliau mengatakan berasa seperti arwah anaknya masih ada ketika mereka datang beraya, dan sedikit sebanyak terubat rindu beliau kepada arwah. Beliau turut membuat kapsyen di video klip ini mengatakan bahawa anaknya merupakan penghidap penyakit kanser, dan arwah meninggal dunia pada 19 April 2023 baru-baru ini. Oleh itu, video klip ini juga telah mendapat perhatian ramai dengan kisahnya.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan arwah sangat bertuah kerana mendapat rakan-rakan yang setia walaupun beliau telah tiada. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah menghadapi perkara yang sama. Netizen juga mendoakan semoga ibunya tabah dan bersabar serta mendoakan semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan yang dihadapi. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 899.4K penonton, 137.3K sukaan dan 1010 komen.

Pemilik akaun Tiktok ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Ramai kawan abg syahmi dtg beraya. Alhamdulillah penuh rumah kita bang. Abg pasti gembirakan ? Al fatihah buat anak syurga ibu . #kanserfighter”

Baca lagi: “Uwais Kuat, Boleh Cerita Sambil Ketawa..”-Uwais Cerita Moment Manis Dgn Arwah Ibunya Buat Netizen Sebak

Baca lagi: “11 Hari Berpisah Dengan Abang, Akhirnya Bertemu Semula”-Video Abang Menangis Peluk Abang Sebab Rindu Buat Ramai Sebak

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini apabila rakan-rakan arwah anak beliau beraya di rumahnya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Ain Wahit | Kisah Skincare: Ramai kawan syahmi, kawan yg baik ni sbb kwn2 dia senang dengan dia

@iramie465: seolah2 arwh SYAHMI tersenyum smbil mengucapkn trmksh kpd shbt.. kerna sudi mengubat kerinduan ibu terhdapnya.. INNALILLAHIROJIUN..

@Ana : AllahuAkbar kuatnya akak. Moga syurga buat Syahmi anak syurga ibu. Syahmi dah tunggu di syurga sana

@guess who: If I ever passed away young, I hope my friends visit my parents every raya. To remind them I have great friends and I lived my life well.

@EkaZulkifli: Allah ambik satu, tapi DIA bg lagi ramai. walau tak sama…tpi sedkit sbnyk mmpu mngubati kerinduan pd yg telah pergi.

@july_august_september: Kami pun masih melawat rumah family arwah kawan kami time raya. Cuma tu lah, endingnya confirm mak arwah akan menangis.

@Nonie ZA: Anak2 yang baik ni… Alhamdulillah. Arwah anak puan mempunyai kawan2 yg baik..

@Yingsss: Kwn abg sy..lepas kematian arwah mak dia,.mak sy selalu ajak dtg rumah..n smpai skrg dia dh ada anak bini pun still pnggil mak sy ‘mami’.

@noname: ak mak,allah xkuatnya wlpn kwn2 ank dtg braya.mau banjir bla dorg balik

@ImahRamli: Allah, sebak tgk anak-anak ni menggembirakan puan. Saya seorg ibu yg bersama anak kanser fighter skrg

@Nuynyzam: Mulia sungguh hati kamu semua dek , terima kasih datang beraya rumah arwah & dapat bagi ibu bapa dia senyum . Salam takziah sis

@Ameera Zain: Sama dengan kwn2 arwah adik saya. Even dah 5 tahun, mereka dtg juga beraya hiburkan org tua kami.

@itayrah82: sama mcm kawan2 arwah kakak dulu…walaupun kakak dh xdak..depa tetap Mai rumah jumpa mak saya alfatihah buat kakakku

@Haz Yen: happy tngok kwn ramai mcm, why i don’t have this kind of friends with me…..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Mula-Mula Niat Nak Rakam Suasana Keluar Dari Masjid Skli Ini Yg Terjadi” -Netizen
Next article“Jalan Tengah Jem, Boleh Plk Dia Nk Main Cucuk-Cucuk” -Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here