Home Dunia “Badan Jerung, Kepala Bab1” -Nelayan Temui Ikan Aneh Di Itali

“Badan Jerung, Kepala Bab1” -Nelayan Temui Ikan Aneh Di Itali

162
0

Para pelaut menemui seekor ikan aneh yang ditemui di permukaan air yang membuatkan mereka berasa gerun selepas melihatnya di depan mata. Ikan itu amat pelik kerana mempunyai badan seperti ikan jerung tetapi kepalanya pula seperti khinzir.

Sebaik sahaja mereka mengeluarkan dari air, mereka terus perasan akan wajah ikan itu yang dilihat sangat menyerupai khinzir. Walaubagaimanapun, diketahui keadaan ikan itu bukanlah disebabkan mutasi tetapi spesis ikan seperti itu sememangnya wujud dan ianya dikenali sebagai Angular Roughshark (Oxynotus Centrina), dan merupakan salah satu spesis yang terancam dengan kepupusan pada masa sekarang.

Baca lagi: “Inilah Van Petrol” — Warganet Terserempak Doppelgänger Vin Diesel Beli Ikan Bakar Dekat Johor

Baca lagi: Nelayan Temui Ikan Kerapu Seberat 160kg, Brjaya Ditangkap Di Perairan Marine Farm

sinetronmalaya.com Badan Jerung Kepala Bab1 Nelayan Temui Ikan Aneh Di Itali sss

Ikan Angular Roughshark itu sudahpun tidak bernyawa ketika ditemui mereka berdekatan pulau Elba, Livorno, Itali. Oleh itu, ikan tersebut dibawa ke Pejabat Pelabuhan untuk dikaji dan bangkainya diuruskan.

Ikan itu juga jarang ditemui dan berada dalam senarai merah oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) sebagai spesis yang terancam. Spesis ini juga biasanya hidup di bawah dasar laut sedalam 2,300 kaki dari permukaan laut.

sinetronmalaya.com Badan Jerung Kepala Bab1 Nelayan Temui Ikan Aneh Di Itali bbb

Kata pakar yang dikenali sebagai Yuri Tiberto dari Elba Aquarium berkata ikan itu biasanya digelar ‘ikan babi’ kerana ianya keluar dari permukaan air, dan akan mengeluarkan bunyi seakan sengusan khinzir.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Liza Hanim Tertidur Time Live, Alif Satar Pula Ternganga Tak Sangka Menang”-Netizen
Next articleBurger King Lancarkan Set Burger Menu Rahmah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here