Home Isu Semasa “Assalamualaikum Papa. Aisyah datang ni..” (Video) Luahan Aisyah Di Pusara Papa Nya...

“Assalamualaikum Papa. Aisyah datang ni..” (Video) Luahan Aisyah Di Pusara Papa Nya Undang Tangis4n Netizen

164
0

Kema.tian insan tersayang bukan sesuatu perkara mudah untuk diterima sesiapa sahaja terutama kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang sempurna daripada ibu bapa mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Aisyah menzia.rahi ku.bur ar.wah bapanya dan bercerita mengenai kejayaannya di sekolah.

Video tersebut dikongsikan oleh ibunya sendiri di laman TikTok sehingga membuatkan ramai yang tersen.tuh dan se.bak melihat situasi kanak-kanak berkenaan.

Namun, apa yang menya.yat hati adalah perbualan yang disampaikan oleh Aisyah kepada ar.wah bapanya sambil meme.luk beberapa piala hasil daripada kejayaannya.

“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni.

“Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah piala, beg, pensel.

“Papa doakan Aisyah jadi pandai, bijak, jadi anak yang solehah,” luahnya.

Jelas Aisyah, dia amat merindui ar.wahnya bapanya itu dan sentiasa menyanyanginya walaupun sudah tiada disisi.

“Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa,” katanya.

Kemudian, kanak-kanak tersebut duduk serta menyusun piala-piala yang diterimanya di tepi ku.bur ar.wah.

Sementara itu, dalam video lain yang dikongsikan ibunya, Aisyah dilihat sedang membacakan doa buat arwah bapanya serta sentiasa mengalunkan bacaan zikir sepanjang perjalanan ke ku.bur.

@ustazahnurul.k_k Reply to @n4jm111 ♬ original sound – ustazah Nurul k

“Dia memang setiap kali nak ke ku.bur a.wah akan ber.zikir dan katanya untuk setiap langkahnya biar papa dapat pahala,” kongsi ibunya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersedih dan rata-ratanya mendoakan agar kanak-kanak tersebut dapat membesar dengan baik.

@ustazahnurul.k_k ye sy ajar doa juga jngn risau maaf kalau video sblom ni ad yg x selesa sbb sy tekejut anak sy nak tunjuk smua anugerahnye pada papanye maaf?#rindu ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

“Pak cik doakan awak menjadi anak yang solehah dan yang akan memberi banyak pahala untuk arwah papa awak,” ujar seorang pengguna.

“Aisyah sayang, tahniah Aisyah berjaya dan jadi anak yang solehah untuk mama Aisyah yang kuat, untuk arwah papa, mak cik doakan Aisyah berjaya dunia dan akhirat,” ujar Nur Erynda Datar.

“Tak boleh tahan air mata, Allahuakbar sedi.hnya, semoga adik berjaya dunia akhirat, jadi anak yang baik,” luah Cik Awan Biru.

Sumber: KOSMO! ONLINE.

Previous article“Berminggu2 beratur demi..” Hazwani Helmi Dedah Keadaan Penduduk Tarim Yaman Undang Sebak
Next articleHasrat Wanita Mengandung Mengidam Nak Makan Nasi Di Kantin Sekolah Tercapai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here