Kes bermain dengan telefon semasa berada di atas jalan raya sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Situasi ini amat berbahaya kerana jika terlalu leka pastinya akan mengundang kepada kemalangan di jalan raya.
Baru sahaja beberapa hari lepas tular sebuah video di mana dapat dilihat seorang penunggang motor yang leka dengan telefonnya sehingga melanggar sebuah kenderaan alza yang ketika itu berada di sebelahnya.Menerusi perkongsian terbabit, penunggang motosikal dilihat leka dengan telefon pintarnya menggunakan tangan sebelah kiri sebelum berlaku kemalangan. Apa yang menarik perhatian netizen adalah melihat bagaimana motor itu terjatuh.
“Berseni teknik jatuhannya”
“apa kabut sangat jatuh mcm tu”
“aku tak tahu lah kenapa kat simpang 4 kat ampang nih selalu jadi eksiden hahahah tapi padan muka ngan moto tuh semak main fon pahal”
Baca juga : “Lampu Hijau Skrg Pun Dah Tak Selamat”-Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta
Baca juga : Reaksi Penunggang Motosikal ‘Lari’ Dripda Polis Bt Rmai Yg Terhibur
Kejadian dikatakan berlaku di Ampang.
Lihat video di twitter :
Penunggang leka dengan telefon pintar langgar kereta Alza
PETALING JAYA – Akibat leka bermain telefon pintar di atas jalan raya, penunggang motosikal tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh kereta jenis Perodua Alza.
Video rakaman papan pemuka berdurasi tujuh saat dikongsikan… pic.twitter.com/S68Ux95gsw
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 1, 2023
Lihat juga komen netizen :
@thewornpath : Kain tersangkut di rantai tu
@mohadazamansor : 20 kali ulang , terang salah dia tapi cemana slow centu boleh mengulo camtu ek
@SaharudinSyahir : Menyusahkan orang betul la
@Zaims4 : Nampak sangat dia yg hilang kawalan dan langgar kereta tu…ape² pun semoga penunggang motosikal tu tak cedera parah
@dummysnack : Kereta tu salah, kalau kereta tu slow mesti sempat brek
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Twitter