Home Hiburan Anju Beri Pendapat Jika Ingin Berubah, Skli Para Wanita Pun Setuju

Anju Beri Pendapat Jika Ingin Berubah, Skli Para Wanita Pun Setuju

126
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok chaatwin32, dan telah ditular baru-baru ini.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau nama terkenal beliau iaitu Anju merupakan seorang pempengaruh laman sosial, pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 9 September tahun 1987, berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga mempunyai darah campuran iaitu Melayu, Scotland dan Iran. Kini beliau aktif berinteraksi dengan para pengikutnya di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Anju membuat siaran langsung di aplikasi Tiktok dan membincangkan mengenai aurat wanita. Pendapat yang diberi oleh Anju mengatakan untuk berubah ke arah kebaikan hingga menutup segala aurat perlu cukupkan 5 waktu dan betulkan akhlak dahulu jika seseorang mahu berubah. Beliau juga mengatakan perkara itu hanya pendapat darinya sendiri, Anju turut mengatakan tidak mahu menunjuk-nunjuk di media sosial jika beliau sudah berubah.

Anju juga mengatakan:

“Kalau setakat nak tunjuk kat orang yang aku dah berubah, tapi sebaliknya kau solat pun ke laut. Saya mintak maaf, saya tak nak jadi macam tu dan saya nak berubah cara betul”

Baca lagi: “Saya nak beli yang besar, tapi dia tetap nak yang kecil…” – Zarina Anjoulie tolak pemberian gelang emas besar dari suami

Baca lagi: “Kenapa saya sering dilihat jahat?” – Zarina Anjoulie Luah Sesuatu Yg Ramai Tal Tahu!

Lihat klip durasi pendek pendapat Anju mengenai aurat wanita:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@cik wawa: anju dia straight to the point tpi pkataan ni la ramai org xley accept typical mly berubh tu hrus nmpk…

@hawadalila.__: mmg terbaekkkkk la anju…mmg betol ape yg anjunckpppp…..

@RARA MINHAD : Betul sangat. Tp menutup aurat wajib. Perintah Allah. Semoga kita sama2 doakan yang terbaik

@normalayusoff63: menutup aurat tu wajib..Tutup aurat dulu dan yg lain akan istiqomah..Allah akan permudahkan In Shaa Allah

@Nanilicious: betul…nak berubah kna betul² dari dlm & step by step…klu drastik ni biasanya separuh jalan

@user780743meenu: I can feel you …. even we are different race … always felt your sincerity…

@Fida AS: pelan2…bg ruang n peluang… moga hidayah utk kite semua

@eyda mazlan: bila kita tutup aurat secara automatik kita akan hindari lain2 yg lain.. tetap mesti betul2 istiqomah…

@Suhaila eila: aq berubah pakai tudung dan ttop aurat dgn sempurna slps tu barulah aq perbaiki semuanya,

@Makcik Nida: Sejak sy jadi pminat Anju..dapat rasa Anju mmg seorang yg baik,.Klau dapat suami yg pandai didik mmg Anju jadi brubah lagi baik

@teha_fathihah: xpe..jgn dipaksa2…kalau itu yg terbaik..perlahan2..moga istiqomah..

Netizen turut memberi komen mengenai pendapat Anju, mengatakan berasa bersetuju dengan respon beliau yang membuatkan orang ramai juga memahami situasi itu. Ada juga yang memberi kecaman kepada beliau dan mengatakan bahawa aurat wanita itu ‘Wajib’ diperintah oleh Allah. Video klip ini juga telah mendapat perhatian ramai di media sosial. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 168.5K penonton, 5658 komen dan 351 sukaan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleBagi Ular Belaan Makan Anak Kucing, Lelaki Physchopath Dikecam
Next article“Jual Nasi Berlauk Hanya RM3.50 Nak Bantu Orang Ramai”-Pemurah Betul Akak Ni ! Memang Terbaik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here