Home Isu Semasa Angkara hutang RM7,000: Tiga lelaki didakwa bun*h, bakar myt Mohamed Afiq

Angkara hutang RM7,000: Tiga lelaki didakwa bun*h, bakar myt Mohamed Afiq

76
0

Tiga sekawan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya dibakar di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih.

Pekerja bengkel, Zulkarnain Md Ariffin, 44, dan dua pekerja syarikat elektrik, Muhamad Iqbal Zainal, 30, serta Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tiga lelaki itu didakwa membunuh Mohamed Afiq Hamdan, 29, di kawasan rumah di Jalan Hulu Langat, Batu 16 Dusun Tua, dekat sini, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, pada 22 Jun lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa akibat hutang RM7,000, seorang lelaki dibunuh dan mayatnya dibakar di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pada jam 10.07 pagi 23 Jun lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berkaitan penemuan mayat yang terbakar di lokasi itu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan siasatan polis, pada 11 Julai lalu, polis menahan empat lelaki di Batu 14 Hulu Langat di sini bagi membantu siasatan.

Hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditangkap positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian awal saringan air kencing, manakala dua daripada mereka mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau.

Tiga suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi akan dijadikan saksi pendakwaan.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleIbu Kecewa Tangan Anak ‘Mengecut’, Dakwa Nurse Balut Terlalu Ketat 34 jam
Next article“Lebih Baik Diam, Mula La Nak ‘Menunggang’…” – Rita Rudaini Bersuara Pasangan Pempengaruh Kongsi Pengalaman Digari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here