Home Viral Aliff Syukri Menang Saman Fitnah, Mahu Heret Bekas Pembantu Peribadi ke Penjara

Aliff Syukri Menang Saman Fitnah, Mahu Heret Bekas Pembantu Peribadi ke Penjara

112
0

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu peribadinya setelah isterinya, Datin Seri Nur Shahida, berjaya memenangi saman fitnah terhadap Melati Abdul Ghani.

Melalui hantaran di Insta Story, Aliff Syukri atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, memaklumkan akan menfailkan saman baru terhadap bekas pembantu peribadinya serta beberapa pihak lain yang didakwanya cuba menjatuhkannya beberapa tahun kebelakangan ini.

“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi ramai pihak cuba nak kenakan saya…”

“Konon nak saman saya tetapi berbalik kepada muka mereka semula. Ingat saya sudah menang dan saya akan saman balik!…”

Menyedari kesan negatif yang dialami sepanjang tuntutan saman fitnah tersebut, usahawan itu kini sedang dalam proses untuk memulakan saman terhadap bekas pekerjanya dengan tuntutan wang ganti rugi melebihi RM500,000.

“Tunggu surat saman dari saya, bukan RM5,000 atau RM10,000 tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut…”

“Hakim maha adil serta bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya…”

Peguam yang mewakili Aliff Syukri dan isterinya, Hasshahari Johari Mawi daripada tetuan Hasshahari & Partners, menyatakan bahawa kes yang melibatkan anak guamnya akan bersambung pada Jumaat nanti.

Tindakan ini diambil untuk memberi pengajaran kepada Melati agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan orang lain serta memastikan dia mendapat hukuman yang setimpal.

“Kami akan teruskan tindakan penghinaan perintah mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam ini secara fizikal pada Jumaat ini…”

“Perintah ex parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan…”

Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati atau Mell telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya kepada Datin Nur Shahida susulan fitnah yang dilemparkannya kira-kira lima tahun lalu.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kain Buai Bau Hancing, Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur” – Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska
Next article“Cikb Kenapa Pakai Tudung, CikB Kan Lelaki..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here