Home Hiburan “Alhamdulillah Ini Rezeki, Keutamaan Tetap Jaga Kes1hatan.”-Kandungan Masuk Bulan Ke-7, Ernie Zakri...

“Alhamdulillah Ini Rezeki, Keutamaan Tetap Jaga Kes1hatan.”-Kandungan Masuk Bulan Ke-7, Ernie Zakri Masih Mampu Nyanyi Nada Tinggi

119
0

Penyanyi Ernie Zakri,29, mendedahkan pada fasa awal kehamilan, dia alami al4han seperti munt4h-munt4h dan mudah penat hingga menyukarkan aktiviti nyanyian.

Bagaimanapun, selepas kandungannya memasuki tempoh terakhir trimester kedua, situasi mulai berubah dan dia kini dilihat masih mampu menyanyikan lagu nada tinggi dengan baik.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri yang kini hamil tujuh bulan, semuanya adalah rezeki dari Allah SWT.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki. Sebenarnya pada awal kehamilan dan trimester kedua memang tak boleh menyanyi langsung. Saya alami al4han munt4h munt4h dan cepat p3nat.

“Tapi, apabila nak ke akhir trimester kedua saya sudah ‘enjoy’ kehamilan ini. Itu sebab saya boleh ambil dan terima tawaran menyanyi. Lagi satu sebenarnya gian menyanyi sentiasa ada walaupun sudah hamil.

“Mungkin ada orang tak suka menyanyi ketika hamil. Tapi saya lebih suka di atas pentas. Sebab tu tak nak tolak beberapa perkara. Saya fikir selepas ini akan cuti agak lama dalam dua bulan untuk berp4ntang.

“Jadi biarlah lepas geram dulu. Dalam masa sama keutamaan saya tetap menjaga kesihatan,” katanya yang turut terlibat pada Malam Aspirasi Seni bersempena program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

Selepas selesai membuat persembahan, isteri kepada penyanyi Syamel ini terus ke Shah Alam kerana turut membuat persembahan bersempena Shopee 12.12.

B63EEA86 5074 4448 AC0E 18C105DBA71273D84A2F 0803 47F1 8453 07C06536BDDFCBF97EE9 E3F1 4C0A BDB5 19CC928ADDBE

“Saya bukan ‘push limit’, sebab saya tahu kalau ‘push’ akan ‘flat’, tak boleh bangun dan menyanyi pun. Tapi sebab ada penjagaan saya boleh susun. Dalam seminggu dalam dua persembahan saja.

“Jadi dapat rehat cukup. Macam malam ini ada dua persembahan secara langsung. Tapi sebab sudah rehat lama sebelumnya, saya okay. Kena ada perancangan juga.

“Doktor pun cadangkan jangan kerja kuat. Tapi tidak ada masalah untuk kerja. Dia suruh banyakkan latihan dan jalan supaya senang bersalin nanti.

“Mugkin saya tidak ada latihan, tapi saya aktifkan diri. Kalau sebelum ni sangat lemah, baring saja dan tak nak ‘online’ media sosial,” katanya lagi.

Sumber: MH

Previous article“Tunggu Ma Di Syurga Ya Sayang…” – Ramai Tumpang Sed1h Kucing Adibah Noor M4ti Dalam Pelukan
Next article“Sempoi Bapak…”-Reaksi Bapa Bila Anak Panggil Balik Bikin Dekah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here