Home Hiburan Akui Terikat Dengan Kontrak, Anzalna Janji Akan Padam Foto Lama Tak Berhijab

Akui Terikat Dengan Kontrak, Anzalna Janji Akan Padam Foto Lama Tak Berhijab

222
0

Pelakon jelita, Anzalna Nasir kini tampil berhijab sejak September tahun lalu. Penampilan berkenaan bukan sahaja menggembirakan keluarga malah rakan artis serta peminat turut menyambut baik ‘perubahan’ pelakon jelita itu. Dalam pada itu, mereka juga berharap agar Anzalna sentiasa istiqamah.

Perlu sedikit masa untuk padam foto

Screenshot 2022 01 10 at 11.43.06 AM

Ketika ditemu bual OhBulan!, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir menyatakan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk memadam semua foto tidak menvtup avrat di media sosial atas faktor tertentu. Jelas Anzalna, dia terikat dengan beberapa kontrak ketika masih tidak berhijab lagi.

Apabila saya sudah bertudung, saya pasti sesiapa saja mahu perubahan itu dan menjadi ke arah yang lebih baik.

Dalam usaha untuk berubah ni bukan senang nak berlaku sekelip mata. Sebenarnya bukan saya sengaja tak nak padam gambar tak bertudung tapi saya masih ada kontrak dengan beberapa produk.

Apabila dah sampai masanya, saya akan padam gambar lama itu kerana tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Sebaik sahaja sudah bertudung, Anzalna mengatakan bahawa dia perlu menjaga semua perkara, namun perlu berubah secara perlahan-lahan. Dia juga tidak menyangka bahawa rezekinya semakin melimpah-ruah sejak dirinya mula memakai tudung.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki dan lakukan sekarang. Saya akui terkejut apabila semakin banyak tawaran, cuma saya terpaksa tolak kerana niat saya bertudung bukan untuk mencari duit.

Saya juga bersyukur diberikan rezeki dalam rumah tangga, kebahagiaan dan dikelilingi orang-orang baik.

Terpaksa perlahankan kerjaya

Screenshot 2022 01 10 at 11.44.18 AM

Apabila ditanya mengenai karier lakonannya, Anzalna mengatakan bahawa buat masa ini dia terpaksa memperlahankan kerjayanya kerana ingin memberi tumpuan terhadap anak serta keluarga.

Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami. Tawaran berlakon masih banyak yang datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dulu demi keluarga.

Biar anak saya faham dulu kerja ibunya sebagai pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set penggambaran.

Ujarnya lagi, dia telah merancang untuk kembali ke set penggambaran selepas anaknya, Mohamad Eidress memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Sumber: OHBULAM

Previous articleVideo jadi bualan ramai, Amyra Rosli dapat pujian- “Nampak kepala pun cantik”
Next articleDSV Tak Pu4s H4ti Sa Ya Tersingkir Suku Akhir GV8
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here