“Aku ketawa bila adam keluar tadi..” – Reaksi Khuzairi Terus Lain Bila Adam Mula Muncul

7 Hari Mencintaiku 3 ialah sebuah drama televisyen malaysia 2022 arahan Jamal Khan(FDAM), dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 16 April 2022 yang lalu, dan menggantikan drama Harith Fayyadh. Mengisahkan rmah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jala raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana beliau mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

Shukri Yahaya dilahirkan pada 13 Jun tahun 1988, berasal dari Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjayanya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau membintangi deretan drama bersiri yang kebanyakkannya berjaya meraih perhatian ramai seperti Asam Pedas Untuk Dia(2015), 7 Hari Mencintaiku(2016), Andainya Takdir(2017), Andainya Takdir 2(2018), Kerana Dia Manusia Biasa(2019), 7 Hari Mencintaiku 2(2020) dan Rindu Awak Separuh Nyawa(2021). Selain itu, Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan saat Khuzairi mendolak dalik tentang perasaan cemburunya, mengatakan beliau tidak cemburu dengan mana-mana lelaki. Tetapi ketika munculnya Dr.Adam, air muka Khuzairi terus berbeza.

Lihat klip durasi pendek drama 7 Hari Mencintaiku 3:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@𝓈𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽:Terbeliak mata khuzairi tengok adam

@Hanis Firdaus172:x sabar nak tengok besok khuzairi jeles

@Tasya:Aku ketawa bila adam keluar tadi HAHA

@Dxslyny Suzie :me and my sister jerit bila dr adam beri salam and tengok reaksi khuzairi ..haaa ckap besar lagi kau khuzairi

@nea_erna:Serius x sabar nk tunggu next episod. Reaksi khuzairi

@Dyla Ahmad:Cerita ni dari episode first tak bagi i bertenang langsung!

Netizen turut memberi komen tentang reaksi Khuzairi apabila melihat Dr.Adam mula muncul, mengatakan Khuzairi cakap besar bila dikaitkan tentang perasaan cemburu dan ramai tidak sabar untuk melihat episod yang akan datang. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 466.9K penonton, 65.3K sukaan dan 582 komen.

Jangan lupa komen yang baikbaik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*