Home Hiburan “Agak s4kit, tapi..”- Ezzaty Abdullah Timang Anak Lelaki Dan Dedah Detik2 Nak...

“Agak s4kit, tapi..”- Ezzaty Abdullah Timang Anak Lelaki Dan Dedah Detik2 Nak Bersalin

105
0

PELAKON Ezzaty Abdullah selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor pada pagi Jumaat.

Bayi lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 3.53 pagi.

Kata Ezzaty, 31, tiada perbezaan ketara untuk kelahiran kedua ini, namun ia lebih men.yakit.kan.

“Alhamdulillah, sudah ada sepasang cahaya mata, memang banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia.

“Doktor yang melakukan prosedur kelahiran adalah orang sama dan proses ber.salin juga sama… cuma yang berbeza hanya rasa sa.kit sahaja.

ezzaty 1

Proses pengalaman bersalin berbeza buat Ezzaty.

“Walaupun aga.k sakit tapi Allah permudahkankan urusan, jadi tidak terlalu lama saya mena.han sa.kit itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melahirkan anak pada hari Jumaat tercapai.

Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini!

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Pelakon drama The Maid ini turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.

“Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini.

ezzaty 2

Ezzaty berpantang di kediaman ibunya.

“InsyaAllah selepas ini saya sambung berpan.tang di rumah mak. Saya bawa confine.ment lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 hari,” ujarnya.

Ditanya nama anak lelakinya itu, Ezzaty memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.

Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Sumber: mStar

Previous article“Alhamdulillah..” (Video) Puteri Balqis Mohon Maaf, Harap Mia Sara Tidak Ulangi Prbuatan Yg Sama
Next article“Tapi bila yg hilang..” (Video) Rindu Misha Omar Pd Arwh Siti Sarah. Sekali Ini Yg Netizen Prasan.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here