Home Hiburan Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021

Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021

108
0

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ramai selebriti yang mendapat khabar gembira kerana menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Berikut kami shortlist 10 selebriti yang menerima cahaya mata sepanjang tahun 2021 ini.

1. Nad Zainal

166456451 926639998092360 6067047731060233931 n e1640920898319

Pelakon, Nad Zainal berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 30 Mac 2021 (Selasa) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Tambahnya lagi,  dia tidak berasa tertekan ketika proses pembedahan dilakukan malah sempat bersembang dengan doktor yang bertugas.

2. Tajul

Picsart 21 12 31 11 28 55 154

Pelantun Sedalam-Dalam Rindu, Tajul Ariff Noor Md Shari atau lebih dikenali sebagai Tajul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka pada 6 Mei 2021 di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tajul memberitahu bahawa isterinya telah bersalin secara normal dan anak kedua merekamerupakan seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram.

Sekadar info, Tajul telah mendirikan rumah tangga dengan Shamieza Eddie sekitar tahun 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

3. Datin Lisa Surihani

220201876 361325382020160 8838249341037155795 n e1640921562963

Isteri kepada pengarah, pelakon, dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 15 Jun 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Yusry berkata Lisa telah melahirkan sorang bayi lelaki pada awal pagi 15 Jun 2021 dan memaklumkan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Lebih manis, kelahiran anak lelaki kedua mereka itu juga disifatkan sebagai hadiah hari lahir Yusry yang ke-48 apabila bayi tersebut juga lahir pada hari kelahiran Yusry, 15 Jun. Sweet kan!

4. Yatt Hamzah

210561603 146919694202562 1599125621798032140 n e1640921746888

It’s a boy!. Pelakon, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan anak keenam pada 3 Julai 2021. Menerusi laman Instagram, Yatt menceritakan bahawa dia melahirkan anaknya itu secara normal biarpun pada awalnya telah dijadualkan untuk menjalani proses secara pembedahan.

Lebih menggembirakan, anak keenam nya ini juga merupakan cahaya mata lelaki pertamanya dan turut memberi bayangan bahawa ini merupakan anaknya yang terakhir.

5. Izreen Azminda

Picsart 21 12 31 11 45 47 280

Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Izreen Azminda berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiganya 21 September 2021. Khabar gembira itu dikongsi Izreen menerusi laman Instagram berserta foto separuh wajah bayi comel itu.

Sekadar info, Izreen telah berkahwin dengan Ude Wahid yang juga pemuzik sekitar Ogos 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar menerusi perkahwinannya bersama bekas suami terdahulu yang kini sudah berusia 5 tahun.

6. Elly Mazlein

Picsart 21 12 31 11 52 15 740

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 23 Oktober 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut mengumumkan nama anak keduanya sebagai Haider Mateen Bin Mohamad Azlan.

Sebagai info, Elly Mazlein mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang guru iaitu Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama pengarah Azmi Hatta, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia,5.

7. Jamal Abdillah

71605084414 jamaldapatanak
via Astro Awani

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira apabila isterinya Datin Zai Izzati telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 11 November 2021 di sebuah hospital swasta di Ipoh.

Menurut laporan Astro Awani, penyanyi berusia 61 tahun ini juga telah berkongsi nama anaknya yang diberi nama El Issac Yamani. Dedah Jamal, anak keempatnya itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack yang merupakan nama karakter Jamal dalam filem Azura yang ditayangkan sekitar tahun 1980-an.

131326593 448248612858632 7461626107865467979 n
via Instagram @zaiizatti17_

Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati telah berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Azura Yamani. Menerusi perkahwinan Jamal terdahulu, penyanyi ini mempunyai dua anak lelaki yang juga selebriti iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

8. Wawa Zainal 

266201462 1169023506838662 8007374812156562168 n e1640923097206

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada 30 November 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa berkata kelahiran kali ini benar-benar mencabar dan lebih menyakitkan berbanding tiga anaknya yang lain.

Sebelum itu, Aeril memuatnaik foto yang menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dan memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bersalin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan.

Aeril dan Wawa telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.

9.Datin Vivy Yusof

267030718 237514015123741 4849810975358610868 n e1640923332277

Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan anak keempatnya pada 22 November 2021 yang merupakan seorang bayi lelaki. Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof berkongsi beberapa keping foto anak bongsunya itu yang diberi nama sebagai Idris Ali Shah.

Sebagai info, Vivy telah berkahwin dengan Dato Fadzaruddin Shah pada Julai 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, dan Sarah Ilham Shah.

10.  Almy Nadia

WhatsApp Image 2021 12 08 at 11.24.10 1024x576 1

Pelakon Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak keempat mereka pada 8 Disember 2021. Menerusi perkongsian di Instagram, Fizz berkongsi foto bersama kapsyen yang menyatakan mereka menimang anak keempat yang juga cahaya mata perempuan.

Fizz dan Almy telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, dan Nur Afrina Ayra. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.

Sumber: Muraimy

Previous article“Bila Mak Penyanyi…” (Video) Gelagat Comel Shila Amzah Nyanyi Bt Anak Cvri Perhatian
Next article9 Selebriti Tanah Air Yang Telah Mninggal Dunia Pada 2021. No 8 Paling Ramai Sebak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here