Home Isu Semasa “Ada Banyak Jenis Rupanya Personaliti Anak-Anak…” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara...

“Ada Banyak Jenis Rupanya Personaliti Anak-Anak…” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Kenal Pasti Personaliti Anak

266
0

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan doktor bedah ortopedik Malaysia dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia. Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Rusia bernilai AS$1 bilion. Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Rusia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk menjalani latihan selama 18 bulan di Rusia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Misi selama 11 hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.

Kini setelah 15 tahun berlalu, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar aktif memberikan ceramah motivasi di universiti dan sekolah di seluruh Malaysia. Sekarang, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga aktif dalam perniagaan. Beliau memiliki sebuah restoran di Bangsar Park iaitu Restoran Rebung.

Di halaman media sosial Instagram, beliau sering membuat kongsian tentang anak-anaknya. Beliau memberikan tips-tips pendidikan kanak-kanak dan sering menjawab persoalan netizen di ruangan komen. Baru-baru ini, Dr Sheikh Muszaphar membuat kongsian tentang setiap anaknya mempunyai personaliti yang berbeza. Beliau berkata, “peribadi dan personaliti manusia terbahagi kepada penglihatan,pendengaran dan qalbu, lazimnya dominasi ke arah satu”. Berdasarkan coretan Dr Sheikh Muszaphar, beliau memberi penjelasasan menerusi pemerhatian dan penilaian terhadap anak-anak kesayangannya.

“Bella lebih kepada personaliti mendengar, dia perlu mendengar untuk faham sesuatu perkara, jadi untuk peperiksaan saya hanya perlu membaca untuknya dan segalanya akan mudah ditangkap”
“Tasya lebih kepada perlihatan, dia perlu melihat untuk faham”
“Adam lebih kepada personaliti Qalbu”
“Noah sama seperti Tasya, Eusoff dan Emelia masih belum diketahui”

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

Beliau menjelaskan ibu bapa boleh mula mengenal pasti jenis-jenis tersebut bermula pada usia 3 tahun ke atas. Ia dapat dikenalpasti dengan meluangkan banyak masa bersama dan memerhati anak-anak. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat kenal pasti personaliti mereka.

Anak-anak anda jenis yang mana satu? penglihatan, pendengaran atau qalbu?

Sumber Instagram

Previous article“Patutla Suara Sedap..”- Peminat Kongsi Fakta Pelik Amir Masdi Di Tiktok Buat Ramai Terkejut
Next article“Sindir Kaw Kaw Ni..”- Kutuk Fesyen Pelik Aina Abdul Dan DSV, Sketsa ‘Ubi’ Curi Perhatian Peminat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here