Home Viral “Abang Lagi Teruk Dri Binatang…” -Drama Jangan Menangis Cinta, Babak Yg Ditunggu-Tunggu...

“Abang Lagi Teruk Dri Binatang…” -Drama Jangan Menangis Cinta, Babak Yg Ditunggu-Tunggu Apabila Pak Nordin Mula Bersuara

196
0

Jangan Menangis Cinta sebuah siri drama televisyen melayu 2022 arahan Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Amyra Rosli, Remy Ishak, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana, seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran tetapi dia tidak bahagia, bukan sahaja makan hati dengan sikap suaminya, juga dengan mak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya, Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya dan akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia cuma seketika dan dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak dapat menerima. Cinta dihina, dicemuh, dibenci oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik, luluh hati Riyana melihat nasib anaknya sebegitu. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa sahaja.

Dalam video klip ini menunjukkan, Riyana dihina kerana masih melindungi anaknya Cinta yang dilahirkan tidak sempurna. Disebabkan itu, Zafran menceraikan Riyana dengan talak satu dan menghalau isterinya dari rumah. Riyana yang terpaksa tinggalkan suaminya yang tidak sanggup menerima anaknya yang penuh kekurangan, lalu beliau balik ke rumah keluarganya tetapi Mak Yang juga tidak menerimanya. Babak yang ditunggu-tunggu dari orang ramai apabila ayah Riyana, Pak Nordin akhirnya mula bersuara setelah sekian lama beliau mendiamkan diri melihat anaknya diperlakukan sebegitu.

Lihat klip durasi pendek drama Jangan Menangis Cinta:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@bellarashid:Aku berharap sgt endingnya tak berakhir yg suami dia menyesal and nak rujuk balik , Aku boleh maafkan cumanya tak boleh nak terima balik

@qimmmm:Finally bapak die bersuara

@maznieymazlan93:nak nangiss laaa.. bila ayah slama ni diam lasttt bela anak diaa

@メм𝓻 ʅᵃғ ×͜×:aku hrp ending die bkn ngn laki die tp sbaliknye die berjaya and ade suami yg sgt baik

@Wan Ezadora:Pagi2 tgk ni .. Aku trus nangis. Jgn la main kan perasaan dgn cter mcm ni.. aku dh la sminggu nk beranak ni. Mtk jauh ada suami mcm ni….

@aisyah annee :finally haris bersuaraaaaaa , act aku harap riya ngn haris bukan zafran tu hergh

@shikin2131:sebabkan x sabar nk tgk ending kat tv kita dah beli novel..hahaha..mmg sedih..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan drama ini sangat menyentuh hati apabila berkaitkan dengan soal anak yang tidak sempurna. Ada juga mengatakan babak yang ditunggu-tunggu dari orang ramai saat, Pak Nordin mula bersuara dan melindungi Riyana daripada dihina. Perkongsian vidoe klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.3M penonton, 120.1K sukaan dan 1075 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous article“Shopping ke Merompak..”- Taasub ‘Shopping’ Raya Sampai Lupa Adab Sampai Rosakkan Imej Kedai
Next article“Kau Nak Tegakkan Benang Yang Basah, Okey…” -Humaira Kantoi Curang Dlm Drama ‘Aku Pilih Bahagia’, Sekali Ini Respon Aidan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here