Home Hiburan “Abah Setuju Je Kalau..”- Pak Mentua Bg ‘Greenlight’ Kawin Lain, Adik Ipar...

“Abah Setuju Je Kalau..”- Pak Mentua Bg ‘Greenlight’ Kawin Lain, Adik Ipar Jadi Batu Api

203
0

Menerusi satu perkongsian dari peminat drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku’ menjadi topik perbualan ramai dimana babak mereka ketika berada di dapur membuatkan para peminat tidak henti ketawa melihat raut wajah suami Mia Adriana yag berubah kelat gara gara dibahan oleh keluarga mentuanya sendiri. Mia Adriana yang terkenal mempunyai rupa paras yang agak menawan itu berjaya menawan hati seseorang yang bernama Adam yang dikatakan muaalaf. Namun hal ini tidak digemari oleh suaminya Khuzairi walaupun beliau telah pun menjadi suami yang sah untuk Mia Adriana. Kedegilan Khuzairi untuk berbaik dengan isteri beliau membuatkan keluarga beliau sendiri cuba untuk menyakat beliau dengan alasan ingin melihat raut wajah abang sulung mereka itu berubah kelat seperti hempedu.

Babak yang ditayangkan itu adalah ketika Mia Adriana menghidangkan kopi untuk keluarga mentuanya di kampung dengan hanya berbual kosong mengenai isu yang ada di kampung tersebut. Topik menjadi hangat apabila Pak Samad membuka sebuah cerita ketika beliau bertemu dengan Adam dan berbual dengan Adam mengenai agama dan beliau memuji Adam dengan sifat sopan santun dan peramah dengan orang lebih tua. Kenyataan tersebut dipersetujui oleh Helmi dan Zaidi yang turut berada di dapur untuk merasai kopi air tangan Mia Adriana. Mulut Zaidi yang sememangnya lancang membuatkan Khuzairi tersedak kopi apabila beliau menyatakan bahwa beliau kenal Adam kerana Adam ingin memikat Mia Adriana dan kenytaan itu disambung oleh Helmi dengan menyatakan sekiranya Mia bersama Adam, mungkin seperti pinang dibelah dua.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti:

@Soff:Dapat family macam ni memang sakan hahahahaha

@Bieha Adha Zubir:helmi memang batu api betul tambah dgn si Zaidi HAHAHAHA

@mila ibu:hahaha. best fmly mcm ni.. ade gdoh ade lawak ade gurau2… hahaha

@dino_goyengg:part ni sumpah best lagi satu yg si mad cakap”klau kakak Mia mengidam kaki gajah mesti kak Nurul suka en”

@Izzu_91:Hahaha dengan cawan2 sekali pergi… aihhh sabar la bulan2 puasa ni

@PKPTotal:cite ni antara yg paling dekat klu dlm hbgn keluarga..rmai2 lepak msti ada kene bahan..

Klip tersebut membuatakan para netizen gelak tidak henti apabila wajah Khuzairi yang penuh dengan keegoan itu tumpas gara gara dibahan oleh keluarganya sendiri. Namun, keluarga beliau teruskan agenda ingin menyakat Khuzairi kerana ingin menyedarkan Khuzairi bahawa teruskan mencintai Mia Adriana kerana wanita tersebut masih ada nilai di mata lelaki yang lain. Kekelatan wajah Khuzairi bertambah apabila Mia Adriana menyedari bahawa Adam sedang menelefon beliau ketika mereka sedang rancak berborak di dapur..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Dah Tua Pon Gatal…”- Demi Naikkan Nama Aliff Syukri, Sanggup Bersentuhan Dengan ‘Influencer’
Next article“Rotan Tu Masih Ada..”- Mas Idayu Belasah Black Pakai Rotan, Black Patahkan Depan Netizen Saksi Kejayaan Jd Juara
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here