Siti Aafiyah merupakan anak sulung kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mana, si cilik ini juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian peminat ibunya itu di beberapa negara.
Seperti anak selebriti yang lain, Siti Aafiyah juga si cilik yang begitu pandai sehingga mempunyai peminat tersendiri yang mana menerusi satu rakaman video yang dikongsikan ini menyebabkan dia menjadi perhatian buat warga TikTok.
Menerusi dua rakaman yang disatukan ini menunjukkan Aafiyah begitu pandai menggunakan bahasa Melayu dan English mengikut situasi lalu puteri kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti ini menjadi bualan ramai.
Mana tidaknya, menerusi rakaman pertama menunjukkan Aafiyah bersama Bonda Hetty Koes Endang sedang berbicara dan dia begitu pandai bercakap dengan penyanyi terkenal dari Indonesia itu.
Manakala video kedua pula menunjukkan Aafiyah bercakap dalam bahasa English pula selepas ibunya, Tokti berbual bersama dalam satu bilik yang dihiasi barbie.
Netizen bagaimanapun diruang komen memberikan pujian dengan kepandaian Aafiyah menggunakan dua bahasa itu mengikut situasi disamping netizen juga teruja pertama kali mendengarkan Aafiyah bercakap English.
“Cute suara… baru pertama kali dengar dia cakap omputeh”
“Comelnyaa…”
“Wow English dia baguslah…”
“Aku pertama kali dengar dia cakap orang puteh macam wowww…”
Sumber: HCL