Home Viral “Tak Berbaloi Jangan Beli Ye! Kalau Ada Masalah Rempah Itu U Nurul…”...

“Tak Berbaloi Jangan Beli Ye! Kalau Ada Masalah Rempah Itu U Nurul…” – Restoran Melenting Selepas Dikritik

155
0

Sebagai peniaga makanan, sebaiknya setiap teguran pelanggan diterima dengan baik untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang ada.

Namun, lain pula kisahnya dengan pemilik restoran di Ibu Negara ini apabila dia melenting menjawab ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan mengenai jualannya.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang wanita menerusi kumpulan Facebook ‘Bukit Jelutong Community’, yang memaparkan tangkap layar respon restoran tersebut di aplikasi Grab.

Puan Nurul, menerusi perkongsian tersebut, menyifatkan jawapan balas yang diberikan oleh restoran terhadap tegurannya sebagai biadap.

Dia memberi teguran agar restoran dapat menambah baik masakan dan memastikan kualiti makanan terjaga. Jelasnya, untuk memastikan perniagaan maju dan kekal lama, restoran perlulah mengambil kira ulasan pelanggan walaupun ianya negatif.

Di ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak bersetuju dengan cara penerimaan pihak restoran tersebut.

Mereka melihat bahawa pihak restoran langsung tidak meminta maaf kepada pelanggan, dan respon sebegitu seperti menabur pasir di periuk sendiri.

restoran

restoran 2

Sumber: Facebook

Previous articleSyarikat dijenamakan semula daripada Inter-Pacific Asset Management sasar jadi firma pengurusan aset terkemuka di Malaysia.
Next article“Mengaji Sedap, Menyanyi Pun Sedap..” – Razak Ahmad Nyanyi Lagu Mimpi Yang Tak Sudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here