Tidak lagi reda perbezaan pendapat dengan beberapa rakan seni, selebriti Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan menuduh Datuk Seri Mahazi Zaman, suami Datin Seri Heliza Helmi, sebagai penipu. Fathia, juga dikenali sebagai Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendakwa dia merasa diperbodohkan kerana syarikat milik Mahadi tidak berjaya menyiapkan rumah yang dibelinya lima tahun yang lalu.
“Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain…” – Katanya
“Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan…” – Katanya lagi
Fathia memaklumkan perkara tersebut semasa sesi siaran langsung di akaun Instagramnya pada hari Isnin. Sambil bercuti di Osaka, Jepun, beliau juga menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk pulang sehingga menerima jawapan daripada pihak yang berkaitan.
“Saya nak duduk sini (Jepun) terus dan tak mahu balik. Kalau ada rumah baru saya balik. Saya tidak mahu lawan kes ini. Saya hanya mahukan rumah saya…” – Tambahnya
“Mereka telah langgar konrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap…” – Tambahnya lagi
Fathia juga mengatakan bahawa perbincangan telah berlaku dengan pihak yang berkenaan beberapa kali, tetapi jawapan yang diterima masih tetap sama. Sejak seminggu yang lalu, nama Fathia menjadi perbualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat kontroversial di media sosial. Selain mengecam Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, beliau juga mendedahkan keburukan Zarina Anjoulie di platform sosial.
Sementara itu, pihak mStar sedang berusaha untuk mendapatkan Heliza Helmi bagi menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadap suaminya.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.