Tular isu pelakon terkenal, Hafidz Roshdi berlaku curang. Lebih teruk, dia juga telah memukul isterinya dan kini dia sedang dibicarakan di mahkamah. Kini, Hafidz Roshdi telah pun bercerai dengan Shuhada dan Shuhada telah meneruskan kehidupan dengan kedua anaknya.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Shuhada ada memberikan pesanan buat wanita di luar sana agar tidak mengulangi apa yang dia lakukan dan tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang.
“Para wanita di luar sana jangan ulang apa yang saya buat. Kita kena letakkan 10% ragu-ragu pada pasangan, bukan nak timbulkan masalah atau pergaduhan cuma tak nak kita dipergunakan.
“Jangan terlalu selesa dengan kehidupan kita. Macam saya, bila diuji macam ini, saya seperti hilang arah. Tak tahu nak mulakan dari mana,” katanya.
View this post on Instagram
Tambah Shuhada lagi, dia mengakui trauma apabila ada lelaki cuba mendekati dirinya apatah lagi dia pernah memberikan kepercayaan kepada seseorang sebelum ini namun dimusnahkan.
“Bila saya sayang, saya akan sayang sepenuh hati. Cuma saya susah nak terima seseorang dalam hidup saya. Memang saya trauma, kalau ada lelaki nak mendekati saya atau menjaga saya dan anak-anak, orang itu mesti kena kuat.
“Sebab akan timbul ‘trust issues’ yang teramat sangat. Sebab saya pernah letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada seseorang namun dipecahkan sebegitu sahaja,” katanya
Min doakan moga Shuhada terus kuat dan bersabar dengan ujian ini. Buat wanita di luar sana, ambillah tauladan dan jangan letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki. Buat para suami, jangan sesekali menduakan serta menghancurkan perasaan isteri. Sayangilah dan hormatilah mereka.