Penyanyi Syada Amzah bersikap terbuka sekiranya ibunya iaitu Fauziah Sarman iaitu Bekas Isteri ND Lala mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Terbuka kahwin baru
Menurut Syada, tiada masalah untuk ibunya bernikah sekali lagi kerana percaya itu adalah ketetapan jodoh Allah S.W.T.
Sumber kekuatan mama adalah anak-anak. Saya okey sahaja, tiada masalah kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau dah namanya jodoh kan.
Syada berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Sementara itu, Fauziah yang turut bersama Syada pada sesi siaran langsung tersebut sempat berseloroh mengatakan agar dia tidak dipertemukan dengan jodoh yang ‘bodoh’.
Cuma berharap tak jumpa yang bodoh.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Lihat klip video di bawah:
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik2 je okay 🤲🏻☺️ #ohbulan #sembangentertainment #syadaamzah #terbuka #ibu #kahwin #baru ♬ original sound – OHBULAN!
Sumber: TikTok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]