Ridzuan Haqiem Rusli merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 Jun tahun 1998, berasal dari Hulu Langat, Selangor. Memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama. Pada tahun 2016, beliau melancarkan album studio pertamanya, Segalanya. Pada 19 November 2021, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz dalam majlis nikah yang langsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.
Perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Haqiem Rusli sendiri. Video klip ini menunjukkan di mana beliau menyanyikan lagu berjudul Cinta Atau Benci, oleh penyanyi aslinya yang dari negara jiran iaitu Geisha. Nyanyian beliau yang ditukar genre, telah mendapat pujian ramai dengan bakatnya serba boleh untuk membuat lagu.
Lihat klip durasi pendek nyanyian Haqiem Rusli:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@piqa Z:Die punye “letak sedikit “ tu vibes nk masak
@ɴᴜʀ.ᴀǫɪʟᴀʜ:Garam sikit. Gula sikit. Campak2 ja. Msuk sikit2 jgn byk2 nnti x sedap..okeyhh siap utk dihidang
@Miss Qiemilio:terbaik kem…sedap sgt. keep up with a good content mcm ni. Show to people that you are a great producer
@Aidil Azlan:jangan bagi separuh2 bang full version please
@kal:dah nama composer mesti dia tau yang mana masuk
@𝙱𝚕𝚞𝚎𝚃𝚞𝚕𝚒𝚙𝚜:Do cover with this genre and put it on Spotify. I’ll be sleep till the day I wanted to wake up.
@Maman:Haqiem semoga brjaya dlam ap bdng skli pn..serba berbakat..semoga mnjdi pemimpin
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan beliau sangat berbakat dari segi membuat lagu, lirik dan menyanyi. Oleh itu, nyanyian beliau yang tukar genre lagu itu telah raih perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 352.0K penonton, 39.8K sukaan dan 632 komen.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok