Home Hiburan “Ingat Ayah Sengkek Sgt Ke..”- Pertolongan Anak Disalah Anggap, Tengking Anak Sampai...

“Ingat Ayah Sengkek Sgt Ke..”- Pertolongan Anak Disalah Anggap, Tengking Anak Sampai Anak Menggeletar

201
0

Menerusi satu perkongsian klip dari drama bersiri yang diminati ramai iaitu ‘7 Hari Mencintaku 3’ mendapat sambutan ramai apabila pelbagai masalah yang muncul dalam rumahtangga Khuzairi dan Mia Adriana. Masalah demi masalah membuatkan mereka bertelingkah sehinggakan para netizen turut beremos dan masih ingin melihat pengakhiran drama bersiri tersebut. Masalah yang menimpa Khuzairi di episod 26 yang menyebabkan beliau mendapat kerugian yang besar akibat kambing yang dibela oleh beliau terkena racun dan beliau menolak segala pertolongan yang ingin diberi kerana terlalu ego sehingga memakan diri beliau. Keegoan yang tinggi membuatkan beliau bertelingkah dengan isteri kesayangan beliau kerana beliau berfikir bahawa ramai yang sedang merendah rendahkannya kerana beliau harus menanggung kerugian yang cukup besar.

Berikut merupakan satu klip yang ditayangkan di televisyen baru baru ini mengenai sifat Khuzairi yang terlalu pentingkan diri sendiri dan ego yang menguasai diri beliau sehingga beliau melepaskan amarah beliau kepada anak sulungnya. Anak perempuan beliau yang ingin membantu ayahnya yang berada dalam kesusahan telah disalah anggap dan akibatnya si kecil itu ditengking keras dengan melontarkan kata untuk tidak mencampur urusan oran tua. Kemarahan Khuzairi kian meletus kerana beliau menyatakan keras kepada anaknya iaitu terlalu jelaskah kelihatan seperti dia sudah sengkek dan akibatanya, beliau ditengking oleh isterinya kerana terlihat terlalu berkasar dengan anak perempuan mereka sehinggakan anaknya terdiam dan menggeletar di depan ayahnya.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Sikap Khuzairi pada musim ini memberi satu kelainan dan ini bermakna lakonan yang dilakonkan oleh Syukri Yahya begitu menambat hati para peminat dengan lakonan beliau yang begitu profesional dan mantap. Sikap yang tidak bertimbangrasa dan ego yang menguasai diri telah dilakonkan dengan begitu baik sekali dan sperti berlaku pada realiti semasa.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Tengok Dia Terus Sy..”- Kongsi Kisah Cinta Dgn PU Riz, Tk Sangka Neelofa Yg ‘Confess’ Dulu
Next article“Saya Tak Pilih Kasih..”- Hadiah Anak Kereta Mewah, AC Mizal Dihentam Lupa Anak Dgn Bini Pertama
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here